Now Reading
Pengarah Perikanan Terengganu Gesa Kajian Untuk Sahkan Ketulenan Muntah Ikan Paus

Pengarah Perikanan Terengganu Gesa Kajian Untuk Sahkan Ketulenan Muntah Ikan Paus

Muntah ikan paus itu ditemui berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Marang, Terengganu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Ikan paus adalah spesies yang jarang ditemui di negara beriklim khatulistiwa seperti di Malaysia. Biasanya haiwan ini tinggal di dasar lautan yang lebih sejuk.

Bila sekali terjumpa ikan paus di lautan Malaysia, mesti ramai yang terpegun melihatnya.

Sebagai contoh, seorang Pengasas Perlis Nature and Wildlife (PNW), Khairul Anuar Abas pernah terjumpa seekor ikan Yu Paus seberat lima tan metrik di perairan Kuala Perlis pada 6 September lalu.

Khairul Anuar ketika itu agak gembira apabila menemui spesies ikan yang sukar ditemui.

Kredit: Utusan

Siapa je tak terkejut melihat ciptaan Tuhan yang mengagumkan ini, betul tak?

Wanita terjumpa muntah ikan paus pula

Kali ini, lain pula kisahnya apabila seorang wanita mendakwa terjumpa ketulan lilin seberat lima kilogram dipercayai muntah ikan paus ketika sedang memancing bersama ahli keluarganya.

Kredit: Utusan

Memetik laporan, wanita dikenali sebagai Aida Zurina Long menemui objek itu terapung-apung pada jam 11 malam ketika sedang memancing berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Marang, Terengganu.

Pada awalnya dia beranggapan mungkin itu hanya sampah biasa sebelum menolaknya ke tepi tebing.

Namun keesokan harinya, objek tersebut masih berada di kawasan itu dan dia mengambil keputusan untuk membawa pulang objek berkenaan.

Menurut ayahnya yang merupakan seorang nelayan, dia memaklumkan objek yang ditemui itu adalah muntah ikan paus.

Ayah cuba membakar sedikit muntah ikan paus itu dan mula mencair seperti lilin serta mengeluarkan bau yang sangat wangi.

Aida Zurina Long.

Selepas membuat beberapa rujukan di Internet, barulah dia tersedar sebenarnya objek yang ditemui itu mempunyai nilai yang sangat tinggi dan sering digunakan dalam perusahaan minyak wangi.

Saya menyedari kos untuk menjalankan ujian makmal agak tinggi. Jadi, saya bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk menentukan ketulenan objek tersebut.

Aida Zurina Long.

Sebelum ini, seorang warganegara Thailand juga pernah menemui ketulan lilin dipercayai muntah ikan paus yang bernilai RM1.16 juta.

Memang betul-betul bernilai muntah ikan paus ini.

Perlu buat kajian untuk sahkan ketulenan

Memetik laporan, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu Ruzaidi Mama memaklumkan kajian terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu untuk mengesahkan ketulenan objek yang dipercayai muntah ikan paus.

Kajian tersebut bagi memastikan objek seberat lima kilogram itu betul-betul asli atau hanya sekadar gumpalan sisa lain yang dibawa ombak.

Setakat ini saya belum pernah melihat sendiri objek yang dikatakan muntah ikan paus itu secara dekat. Jadi, kajian perlu dijalankan bagi menentukan keasliannya dan kualiti muntah ikan paus tersebut.

Pengarah Perikanan Negeri Terengganu Ruzaidi Mama.

Menurutnya lagi, pihak mereka akan menghantar pegawai untuk menyiasat tentang perkara berkenaan.

Orang ramai dinasihatkan untuk melaporkan kepada Pejabat Pengarah Perikanan Negeri Terengganu sekiranya terjumpa objek dipercayai muntah ikan paus.

Ini kerana ikan paus merupakan sebahagian spesies terancam yang dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985, Peraturan-peraturan spesies ikan terancam 1999.

Muntah ikan paus

Kredit: Kompas

Muntah ikan paus atau ambergris adalah sejenis pepejal kekelabuan berlilin yang dipanggil sebagai harta karun laut dan emas terapung.

Kenapa muntah ikan paus mempunyai nilai yang tinggi?

Sisa muntah ini sering hanyut dibawa arus lautan selama bertahun-bertahun sebelum akhirnya terdampar di persisian laut. Kiranya objek ini boleh dianggap sebagai fosil lama.

Selain itu, muntah ikan paus ini memang sering dicari oleh perusahaan minyak wangi untuk menjadikan aroma wangi lebih tahan lama.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd