Now Reading
Suami Baran Pecahkan Cermin Kereta Isteri Kini Ditahan Polis

Suami Baran Pecahkan Cermin Kereta Isteri Kini Ditahan Polis

Difahamkan, mereka kini dalam proses perceraian dan sudah tidak tinggal sebumbung sejak bulan April lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Setiap perkahwinan pasti akan ada dugaan masing-masing. Ada yang diuji dengan kehadiran ‘orang ketiga’, masalah keluarga mentua, harta dan sebagainya.

Dapat pasangan yang baik itu satu rezeki. Tapi jika dapat yang sebaliknya pula, anggaplah itu salah satu dugaan dalam rumah tangga.

BACA JUGA: Suami Tangguh Ceraikan Isteri, Siap Boleh Pergi Umrah Dulu

Baru-baru ini, tular lagi kes di mana seorang suami buat ‘hal’ dalam rumah tangga mereka.

Anak-anak menangis ketakutan tengok sikap ayah

Terbaharu, tular satu video dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @MOFASAD_ yang menunjukkan kelakuan seorang ayah bertindak kasar di hadapan anak-anaknya.

Dalam video berdurasi 27 saat itu, lelaki berkenaan menghampiri tingkap kereta yang hanya diturunkan separuh sahaja oleh si isterinya kerana dikatakan ingin memberi wang perbelanjaan anak-anak.

Namun secara tiba-tiba, lelaki berkenaan bertindak menghentak dan memecahkan cermin tingkap tersebut sehingga menyebabkan anak-anak terkejut serta menangis ketakutan.

Boleh lihat video penuh DI SINI.

Mereka dalam proses bercerai

Menerusi satu posting dimuat naik di Facebook oleh isteri tersebut yang dikenali sebagai Amira Nabila, dia menjelaskan antara sebab mengapa cermin tingkap itu hanya diturunkan separuh sahaja.

Dia sebenarnya ingin mengelakkan kes yang sama berulang apabila suaminya pernah merampas beberapa dokumen di dalam kereta sebelum ini.

Suaminya juga pernah mengugut untuk mengambil kereta tersebut dan membakarnya. Selain itu, suaminya juga pernah berebut kunci kereta dan membocorkan tayar kereta isteri dengan sengaja.

Disebabkan situasi tersebut, dia semakin berhati-hati dengan suaminya.

Difahamkan, mereka kini dalam proses perceraian dan sudah tidak tinggal sebumbung sejak bulan April lalu.

Suami telah ditahan oleh pihak polis

Selepas insiden berkenaan, Amira segera membuat laporan polis pada hari yang sama di balai polis berdekatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, laporan tersebut dibuat oleh wanita berusia 24 tahun selepas suaminya disyaki mengekorinya di Lorong Panglima Jalan Teluk Wanjah, Alor Setar, Kedah.

Lelaki berkenaan kini telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd