Now Reading
Kereta Proton Wira Dirampas Polis Selepas Pemandu Bertindak Seperti Marshal

Kereta Proton Wira Dirampas Polis Selepas Pemandu Bertindak Seperti Marshal

Pihak polis telah merampas kereta Proton Wira kelabu berjalur kuning itu dan memanggil pemandunya untuk tampil beri penjelasan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebelum ini, banyak kes orang awam yang menghalang lalu lintas gara-gara ingin memberi laluan kepada konvoi yang disertai mereka.

Isu seperti ini menyebabkan laluan jalan raya terhalang kepada pengguna yang lain.

Terdahulu, pernah tular apabila sekumpulan marshal konvoi motosikal berkuasa tinggi bertindak mengawal lalu lintas dengan memberhentikan kenderaan orang ramai di persimpangan lampu isyarat Sua Betong, Port Dickson.

Kejadian pada 20 November itu berlaku apabila marshal berkenaan dilihat memberi laluan kepada konvoi motor tersebut untuk melepasi lampu isyarat berwarna merah.

BACA JUGA: 3 Lelaki Serah Diri Di Balai Polis Berikutan Kes Marshal Konvoi Motosikal

Polis siasat pemandu kereta Proton Wira

Terbaharu, tular satu lagi klip video dimuat naik di media sosial menunjukkan sebuah kereta Proton Wira menghalang lalu lintas bagi memberi laluan kepada kumpulan konvoi di Sitiawan, Perak.

Dalam video berdurasi 13 saat itu, kereta yang berjalur kuning tersebut bertindak seperti marshal apabila dia memberhentikan kenderaannya di tengah-tengah laluan utama bandar Sitiawan semalam (13 Disember).

Boleh lihat klip video penuh DI SINI.

Berikutan kes itu, pihak polis telah memanggil seorang lelaki berusia 29 tahun untuk tampil ke balai polis bagi memberikan penjelasan.

Memetik laporan, Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung Deputi Superintendan Chong Boon Khim turut memaklumkan bahawa sebuah kereta Proton Wira kelabu berjalur kuning telah dirampas untuk siasatan lanjut.

Laporan polis telah dibuat semalam oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan awal mendapati kereta Proton Wira tersebut memberi laluan kepada konvoi yang datang dari arah Seri Manjung menghala ke sebuah kuil Hindi di Sitiawan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung Deputi Superintendan Chong Boon Khim.

Sehingga kini, kes masih lagi disiasat di bawah Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd