Now Reading
[Video] Netizen Risau Budak Lelaki Main Seorang Diri Di Belakang Kereta Bergerak

[Video] Netizen Risau Budak Lelaki Main Seorang Diri Di Belakang Kereta Bergerak

Beberapa pemandu lain membunyikan hon dan tegur melalui tingkap kereta tetapi tidak dihiraukan oleh ibu bapa kanak-kanak itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Boleh dikatakan setiap kanak-kanak ada perangai yang berbeza. Ada jenis pemalu, peramah, suka buat benda pelik-pelik dan sebagainya.

Pernah tular di media sosial sebelum ini apabila seorang kanak-kanak perempuan dilihat memanjat ke luar balkoni rumah.

Memang meremang bulu roma tengok dia panjat balkoni.

BACA JUGA: Kanak-kanak Perempuan Panjat Luar Balkoni Rumah Buat Orang Ramai Kecut Perut

Oleh disebabkan itu, ibu bapa kena selalu perhatikan tingkah laku anak-anak, tak kiralah di rumah ataupun di mana sahaja demi menjaga keselamatan mereka.

Main seorang diri ketika kereta bergerak

Baru-baru ini, ramai yang terkejut melihat satu video dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @BellaAnxar.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki berada di bahagian belakang kereta jenis 4×4 secara bersendirian ketika kenderaan itu sedang berhenti di lampu isyarat.

Apa yang merisaukan adalah apabila kanak-kanak tersebut dilihat sedang bermain dan melompat-lompat di belakang kereta ketika sedang hujan renyai.

Menurut pengguna Twitter itu lagi, dia memaklumkan beberapa kenderaan lain juga telah membuat bunyi hon dan menegur melalui tingkap kereta, tetapi tidak dihiraukan oleh ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

Kredit: Twitter @BxllaAnxar

Sehingga kini, video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 169,300 jumlah tontonan ketika artikel ini ditulis.

Warganet mempersoalkan ibu bapa kanak-kanak itu

Ramai sebenarnya agak risau apabila melihat aksi berbahaya yang dilakukan oleh kanak-kanak itu. Lebih-lebih lagi jika kenderaan sedang bergerak laju di jalan raya.

Netizen turut mempersoalkan sikap ibu bapa kanak-kanak itu yang dilihat seperti tidak mengambil kisah tentang keselamatan anak mereka.

Kredit: Twitter @BxllaAnxar
Kredit: Twitter @BxllaAnxar
Kredit: Twitter @BxllaAnxar

Ada juga meminta supaya wanita yang merakam video tersebut untuk membuat laporan polis supaya tindakan undang-undang dapat diambil kepada ibu bapa berkenaan.

Kredit: Twitter @BxllaAnxar
Kredit: Twitter @BxllaAnxar
Kredit: Twitter @BxllaAnxar

Mengikut undang-undang jalan raya, ibu bapa kanak-kanak berkenaan boleh dikenakan saman JPJ P(22) mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan cuai dalam memandu.

Pesalah yang tidak menjelaskan saman ini mengikut tempoh boleh menyebabkan nama mereka disenarai hitam.


Kesimpulannya, ibu bapa kena lebih bertegas dalam mendidik anak-anak.

Tak kisahlah anak merengek macam mana sekali pun, jangan biarkan mereka membuat perkara yang membahayakan keselamatan mereka.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd