Now Reading
Puncak Menara 118 Katanya Ada Vandalisme. Betul Ke?

Puncak Menara 118 Katanya Ada Vandalisme. Betul Ke?

Menara 118 ini didirikan untuk memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia dari segi sektor pelancongan dan perniagaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menara 118 milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) kini menjadi bangunan tertinggi di Malaysia selepas Menara Berkembar Petronas, TRX dan Menara Kuala Lumpur.

Bukan itu sahaja, Menara 118 juga dikategorikan sebagai bangunan tertinggi di Asia Tenggara dan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menara berketinggian 678.9 meter ini didirikan untuk memberi manfaat kepada Keluarga Malaysia dari segi sektor pelancongan dan perniagaan.

Walaupun nampak gah berdiri, namun siapa sangka ada yang mendakwa beberapa invidivu telah melakukan vandalisme pada bangunan tersebut.

Conteng nama pada puncak menara

Menerusi tweet dimuat naik di laman Twitter @SkyscrapersMY, dua gambar dari bahagian atas Menara 118 yang diambil oleh individu dikenali sebagai AEREAZ telah mencuri perhatian ramai.

Melalui gambar tersebut, kelihatan seperti puncak menara tersebut ada contengan nama beberapa individu seperti Syafiq Johan, Kamal Survey dan Raja.

Kredit: Twitter @SkyscrapersMY

Nama siapa agak-agaknya tu?

Mungkin nama pekerja pembinaan

Ramai juga yang berteka-teki. Siapa agaknya yang dikatakan membuat ‘vandalisme’ pada bangunan kedua tertinggi di dunia ini?

Namun, ada juga warganet yang beranggapan contengan nama itu tidak memberi sebarang kesan kepada identiti menara berkenaan.

Kredit: Twitter @SkyscrapersMY
Kredit: Twitter @SkyscrapersMY

Ada juga yang menganggap perkara ini agak normal apabila wujud individu yang pacak bendera di puncak gunung serta bulan.

Mesti nak tinggalkan kenangan pada tempat yang jarang kita pergi. Betul tak?

Kredit: Twitter @SkyscrapersMY

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang membuat gurauan kononnya ini vandalisme tertinggi di dunia. Macam-macam ya.

Kredit: Twitter @SkyscrapersMY
Kredit: Twitter @SkyscrapersMY

Sehinggi kini, masih tak tahu lagi siapa yang ‘meninggalkan’ nama di puncak Menara 118. Nak kata orang awam, berani betul mereka naik sehingga ke puncak menara.

Naik Menara KLCC pun dah terketar kaki, inikan pula puncak bangunan setinggi 118 tingkat.

Jenayah vandalisme

Vandalisme dikategorikan sebagai jenayah dari sisi moral. Perbuatan ini termasuklah membuat sebarang perubahan seperti melukis, menanda, mengecat, menampal, merosakkan harta benda awam tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Antara tempat yang sering berlaku vandalisme adalah seperti di hentian bas, tandas awam, pondok telefon dan banyak lagi.

Pesalah yang didapati melakukan kesalahan vandalisme boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd