Niat Baik Bertukar Tragedi Selepas Remaja Dibelasah Polis Gara-gara Disangka Penjenayah
Ketiga-tiga polis itu hanya berhenti memukul remaja tersebut selepas mangsa kemalangan memaklumkan dia bukanlah pencuri sebenar.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Sejak kebelakangan ini, kes-kes yang melibatkan peragut dilihat banyak dilaporkan. Kadang-kala itu, sampaikan timbul perasaan takut untuk berjalan seorang diri di mana-mana.
Melainkan, keadaan memaksa.
Terutamanya, bagi kaum wanita yang sering dijadikan ‘target’ utama oleh golongan tidak bertanggungjawab seperti perompak, peragut, dan lain-lain.
Niat nak bantu, tapi lain pula jadi
Selalunya, apabila berlaku kes rompak atau ragut di kawasan awam – orang ramai akan bertindak untuk memberikan pertolongan tanpa menunggu bantuan pihak berkuasa tiba.
Mana tidaknya, kalau nak tunggu nanti mengambil masa.
Suspek pula dah berlari jauh dan terlepas. Nanti kes lain pula muncul.
Seperti kes baru-baru ini yang terjadi di Palu, Indonesia di mana niat seorang remaja lelaki untuk membantu seorang mangsa kemalangan bertukar tragedi.
Keadaan menjadi bertambah keruh apabila dia pula yang dibelasah oleh pihak polis kerana menyangka dia adalah penjenayah.
Memetik laporan Utusan, kejadian itu berlaku pada 28 November lalu ketika remaja itu yang dikenali sebagai MP menunggang motosikal untuk menonton perlawanan bola di suatu tempat.
Dalam perjalanannya, ketika berhenti lampu merah telah berlaku satu kemalangan melibatkan seorang lagi penunggang motosikal.
Orang ramai mula mengerumuni kawasan tersebut dan ada seorang lelaki tiba-tiba merampas beg serta telefon bimbit mangsa kemalangan itu, menyebabkan MP segera mengejar pencuri tersebut.
Namun, usahanya gagal dan MP kembali ke lampu merah tersebut untuk meneruskan perjalanannya menonton bola sepak.
Tiba-tiba kena cekik dengan polis
Mengulas lanjut, MP dilaporkan tiba-tiba dicekik dari belakang oleh seorang anggota polis yang menjerit memanggilnya pencuri sebelum dipukul oleh dua lagi anggota polis.
Ketiga-tiga polis itu hanya berhenti memukul remaja tersebut selepas mangsa kemalangan memaklumkan dia bukanlah pencuri sebenar.
Ibu MP buat laporan polis
Susulan kejadian itu, ibu MP telah membuat laporan polis.
Malah, kejadian ini juga mendapat perhatian Ketua Polis Palu, Bayu Indra Wiguno yang memaklumkan pihaknya sudah memohon maaf kepada keluarga mangsa dan tiga anggotanya yang terlibat bakal disiasat serta dikenakan tindakan tata tertib.
Nota kaki: Panduan Keselamatan Pencegahan Jenayah Ragut yang dikeluarkan oleh PDRM.
Berikut adalah sebahagian panduan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan diri anda dari menjadi mangsa ragut:
- Gunakan jalan yang selalu dilalui orang ramai.
- Jika terpaksa keluar di waktu malam cuba bawa teman.
- Elakkan daripada meletak beg duit atau barang berharga di dalam bakul membeli belah atau di atas kaunter semasa membuat pembayaran.
- Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan.
- Semasa membeli belah di tempat sibuk genggam beg tangan dengan kuat atau sembunyi daripada pandangan.
- Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari di ragut oleh pembonceng motosikal.
- Jangan berasak-asak ketika menaiki/turun daripada bas, kereta api, panggung wayang atau tempat-tempat sesak supaya dapat mengelak diri daripada di ragut.
- Bila menggunakan lif, pastikan ada orang lain bersama anda atau cari orang yang anda biasa/kenali. Jika anda mengesyaki ada orang yang mengekori anda dan anda mencurigai orang tersebut, keluar daripada lif dengan segera.
- Jangan menyimpan beg duit di dalam kocek seluar sebelah belakang semasa berbaris membeli tiket wayang bola sepak, bas atau kereta api.
- Semasa menaiki atau turun daripada kenderaan awam seperti bas, teksi atau kereta api jangan berasak-asak, tunggu sehingga keadaan sudah reda.
- Jangan biarkan orang anda kenali meletakkan tangannya di atas bahu anda terutama sekali semasa naik atau turun daripada kenderaan awam atau semasa dalam barisan untuk sesuatu tujuan.
- Jangan simpan duit di satu kocek sahaja, simpanlah dalam kocek yang berasingan.
- Elakkan daripada berjalan sendirian di kawasan sunyi dan jika ada orang yang mencurigai mengekori cuba menuju segera ke tempat yang ada ramai orang.
- Elakkan memakai barang kemas berlebihan termasuk memakaikan anak-anak dengan barang kemas turut akan mengundang kepada jenayah ragut.
Take care, everyone!
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.