Jabatan Penjara Malaysia Perjelas Isu Banduan Cuci Kereta Polis
Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan bahawa perkhidmatan mencuci kenderaan dibuka untuk orang awam dan penghuni penjara yang terlibat akan diberi upah atau gaji.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Apabila seseorang didapati bersalah dalam sesuatu kejadian dan dijatuhkan hukuman penjara, rela atau tidak rela mereka perlu mendaftarkan diri ke lokasi tersebut.
Walaupun dimasukkan ke dalam penjara, banduan perlu mengikuti program pemulihan dan mendapatkan rawatan dari segi kesihatan, kaunseling, kebajikan dan pendidikan.
Tapi, ada pula anggota polis yang dikatakan menyalah guna banduan di penjara.
Banduan cuci kereta anggota polis penjara
Baru-baru ini, tular satu posting di laman Facebook apabila seorang anggota polis penjara dilihat memuat naik gambar keretanya jenis Perodua Axia sedang dicuci oleh banduan.
Posting yang dimuat naik di Facebook Group My Axia Owners Club (MAXOC)(UNOFFICIAL) itu telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.
Boleh dikatakan ramai netizen yang tidak bersetuju dengan perbuatan anggota penjara tersebut kerana mereka seolah-olah memperlekehkan banduan berkenaan.
Ada juga yang mengecam anggota polis itu kerana dilihat seperti sengaja meminta untuk dikecam oleh orang ramai.
Jabatan Penjara Malaysia beri penjelasan
Selepas isu ini menjadi tular di media sosial, pihak Jabatan Penjara Malaysia tampil memberikan penjelasan sebenar berhubung kejadian yang berlaku.
Jabatan Penjara Malaysia memaklumkan bahawa perkhidmatan mencuci kenderaan dibuka untuk orang awam dan penghuni penjara yang terlibat akan diberi upah atau gaji.
Penghuni penjara yang terlibat dalam perkhidmatan ini sudah diberi latihan kemahiran dalam program pemulihan luar penjara yang dikenali sebagai Banduan Kerja Luar Penjara (BKLP) dengan pemantauan anggota polis penjara.
Penggunaan perkhidmatan ini dilihat sebagai tanda sokongan masyarakat terhadap program pemulihan tersebut dan boleh memberi peluang pekerjaan kepada penghuni penjara selepas mereka dibebaskan.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.