Now Reading
[Video] Ramai Kecam Perbuatan Wanita Pura-pura ‘Berlakon’ Masuk Tandas OKU

[Video] Ramai Kecam Perbuatan Wanita Pura-pura ‘Berlakon’ Masuk Tandas OKU

Dua orang wanita yang memakai sut berbasikal dilihat berpura-pura berlakon seperti cacat ketika sedang menggunakan tandas OKU.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) adalah individu yang perlu dilayan dengan baik kerana mereka mempunyai beberapa kekurangan fizikal.

Ada banyak kemudahan yang disediakan kepada golongan khas ini seperti tempat parkir kereta yang berdekatan dengan pintu masuk dan juga tandas OKU.

Namun, perkhidmatan ini disalah guna pula oleh beberapa individu normal yang tidak bertanggungjawab.

Berlakon OKU ketika masuk tandas khas

Media sosial kini hangat dengan video sekumpulan individu berbasikal yang dikatakan mempersendakan golongan OKU.

Dua orang wanita yang memakai sut berbasikal dilihat berpura-pura berlakon seperti orang kurang upaya ketika sedang menggunakan tandas OKU.

Tindakan ini sememangnya mengundang kemarahan ramai pihak yang menonton video tersebut.

Kredit: Twitter @farrashafeka
Kredit: Twitter @farrashafeka

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang turut mengecam golongan yang berbasikal di jalan raya.

Kredit: Twitter @farrashafeka

Seorang netizen menceritakan dia bersama ibu yang OKU terpaksa menunggu giliran untuk masuk ke tandas khas yang sedang digunakan oleh individu normal.

Kredit: Twitter @farrashafeka

Disebabkan isu ini menjadi semakin besar, salah seorang wanita di dalam video berkenaan tampil memohon maaf di laman Instagram miliknya.

Kredit: Instagram eyla_sn

Kes seakan sama, tapi individu berbeza

Sebelum ini, tular lagi video apabila ada individu yang ‘berlakon’ kerana dikatakan ingin menggunakan parkir OKU di sebuah pusat beli-belah.

Tindakan dua orang pemuda yang dilihat seolah-olah mempersendakan golongan OKU telah mendapat perhatian Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

Datuk Ras Adiba menganggap perbuatan ini sebagai kurang ajar dan memohon dua pemuda berkenaan tampil memohon maaf.

BACA JUGA: Gagal Sampaikan ‘Mesej’, Pemuda Dalam Video Berlakon Jadi OKU Untuk Dapat Parkir Khas Mohon Maaf


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd