[Video] CEO Buang 900 Pekerja Serta-Merta Menerusi Aplikasi ‘Zoom’ Sebelum Cuti Krimas
Ketua Pegawai Operasi Better.com dilapor telah menyampaikan berita tersebut dengan cara yang disifatkan sebagai tidak mempunyai perasaan (emotionless).


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Benda paling ditakuti pada zaman pandemik ini adalah jika syarikat yang anda bekerja itu mengumumkan tidak lagi punyai kewangan yang kukuh.
Tak kisahlah untuk suku pertama, kedua, mahupun ketiga.
Kadang-kala perkara itu adalah ‘hint’ yang diberikan oleh syarikat untuk memberhentikan pekerja bagi mengurangkan kos perlu ditampung.
Manakan tidak, syarikat perlu terus beroperasi walaupun tenaga kerja perlu dikurangkan.

Semoga tiada lagi individu akan terkesan dengan proses pembuangan pekerja.
CEO berhentikan 900 pekerja
Video seorang CEO yang secara tiba-tiba memaklumkan lebih 900 pekerja diberhentikan melalui panggilan Zoom sebelum cuti Krismas telah menjadi tular di media sosial.
Waktu itu, pastinya perasaan 900 orang itu terkejut, terkilan dan sebagainya.
Menurut CNN Business, Ketua Pegawai Eksekutif Better.com Vishal Garg, 43, mengumumkan keputusan ini untuk memberhentikan 900 pekerja pada awal Disember 2021.

(Kredit: YouTube/CNN Business)
Menurut rakaman yang kemudiannya dimuat naik ke TikTok, Garg bermula dengan berkongsi bahawa dia “tidak mempunyai berita baik”, dan bahawa pasaran telah berubah jadi syarikat itu perlu bergerak untuk terus hidup.
Dia kemudiannya menyampaikan berita tersebut dengan cara yang telah disifatkan sebagai tidak mempunyai perasaan (emotionless).
Ini adalah kali kedua dalam kerjaya saya melakukan perkara ini dan saya tidak mahu melakukan ini. Kali terakhir saya melakukan ini, saya menangis. Kali ini saya berharap untuk menjadi lebih kuat. Tetapi kami memberhentikan 15% pekerja syarikat ini di atas beberapa sebab.
Ketua Pegawai Eksekutif Better.com Vishal Garg.
“Effective Immediately”
Garg seterusnya menjelaskan, “Jika anda menerima panggilan ini, anda adalah sebahagian daripada kumpulan malang yang diberhentikan kerja. Pekerjaan anda di sini telah ditamatkan, berkuat kuasa serta-merta.”
Beberapa sebab yang dipetik oleh Garg dalam video di atas pemberhentian pekerja ini adalah termasuk kecekapan pasaran, produktiviti dan prestasi.
CNN Business melaporkan bahawa antara mereka yang diberhentikan adalah mereka daripada tim pengambilan kepelbagaian, ekuiti dan kemasukan (Diversity, Equity and Inclusion Recruiting Team).
Menurut NBC News, seorang pekerja yang diberhentikan berkongsi bahawa komputernya menjadi gelap sejurus selepas panggilan itu, dan dia hanya menerima e-mel mengenai pampasan pemecatan iaitu gaji kira-kira empat minggu dan faedah tiga bulan – beberapa jam kemudian.
Tonton video penuh yang telah dimuat naik oleh pengguna TikTok, @wanderelleaco.
@wanderellaco #fyp #laidoff #savage ♬ original sound – Wanderella
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.