Now Reading
Pemilik Rumah Tak Benarkan Pekerja Swasta Jadi Penyewa. Eh Kenapa?

Pemilik Rumah Tak Benarkan Pekerja Swasta Jadi Penyewa. Eh Kenapa?

Wanita itu memaklumkan bahawa dia bekerja sebagai ejen insurans manakala suaminya pula seorang pemandu lori.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Zaman sekarang ini tak ramai yang mampu nak beli rumah sendiri. Lebih-lebih lagi apabila baru mula bekerja.

Duit simpanan pun tak berapa banyak lagi. Jadi, salah satu pilihan yang terbaik adalah dengan menyewa.

Nak cari rumah sewa pula semakin susah apabila ada segelintir pemilik mengenakan beberapa syarat yang agak melecehkan.

Mungkin pemilik risau jika penyewa tidak dapat menjaga rumah dengan keadaan baik.

BACA JUGA: [Foto] Pemilik Rumah Terkejut Rumah Sewa Bau Tahi Kucing. Pengotornya!

Hanya benarkan pekerja kerajaan menyewa rumah

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @WZullnaidi berkongsi satu gambar perbualan antara pemilik rumah dan seseorang yang ingin menyewa rumah.

Dalam perbualan di Whatsapp itu, seorang wanita memaklumkan bahawa dia bekerja sebagai ejen insurans manakala suaminya pula seorang pemandu lori.

Namun selepas dia memberitahu tentang perkara itu, pemilik rumah meminta maaf kerana terpaksa menolak permintaan wanita berkenaan untuk menyewa di rumahnya.

Permintaannya itu ditolak gara-gara pemilik hanya menerima pekerja sektor kerajaan sahaja sebagai penyewa rumah.

Kredit: Twitter @WZullnaidi

Warganet beri pelbagai reaksi

Hasil tinjauan kami mendapati kebanyakan warganet memberi pelbagai reaksi terhadap kejadian yang berlaku itu.

Kredit: Twitter @WZullnaidi

Dalam pada masa yang sama, ramai juga kasihan dengan wanita tersebut apabila dia tidak dibenarkan menyewa gara-gara bukan pekerja di sektor kerajaan.

Kredit: Twitter @WZullnaidi

Ada juga yang pernah melalui pengalaman sama apabila tidak diterima oleh pemilik rumah untuk menyewa di tempat mereka.

Kredit: Twitter @WZullnaidi

Selain itu, netizen turut berkongsi pengalaman mereka apabila pernah mendengar cerita tentang penyewa yang tidak bertanggungjawab.

Kredit: Twitter @WZullnaidi

Segelintir warganet berpendapat mungkin pemilik rumah boleh memaklumkan tentang syarat sebagai penyewa di dalam iklan supaya tidak mengelirukan mana-mana pihak.

Kredit: Twitter @WZullnaidi

Nak mulakan hidup zaman sekarang ini memang agak mencabar.

Mungkin segelintir daripada kita diuji dengan penyewa yang pengotor atau pemilik rumah agak cerewet. Dalam hal seperti ini, kedua-dua pihak perlu memberi kerjasama supaya segala urusan menjadi lebih mudah.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd