Now Reading
Polis Buru Individu Serbu Rak Kereta Mainan Di Toys R Us, Pavilion Bukit Jalil

Polis Buru Individu Serbu Rak Kereta Mainan Di Toys R Us, Pavilion Bukit Jalil

Kejadian berkenaan dipercayai akibat tawaran potongan harga sehingga 60% untuk barangan terpilih di Toys R Us, Pavilion Bukit Jalil.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pusat membeli-belah Pavilion Bukit Jalil telah mula membuka tirai untuk pengunjung pada 3 Disember lalu bersempena sambutan musim perayaan akhir tahun.

Antara kedai-kedai yang beroperasi di Pavilion Bukit Jalil adalah:

  • Parkson.
  • The Food Merchant.
  • Harvey Norman.
  • Dadi Cinema.
  • Blue Ice Snow Park.
  • Grand Harbour Restaurant & Banquet.
  • Sports Direct.
  • Toys R Us.
  • Uniqlo.
Pavilion Bukit Jalil.
(Kredit: Edge Prop)

Kalau masuk ke dalam pusat beli-belah ini, sebijik macam Pavilion KL.

Toys R Us buat jualan murah, pelanggan berkerumun dan langgar SOP.

Satu kejadian pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) di mana pelanggan dilihat bersesak-sesak di sebuah kedai permainan kanak-kanak iaitu Toys R Us telah mencuri tumpuan orang ramai, termasuk pihak berkuasa.

Kejadian tersebut mungkin terjadi akibat tawaran potongan harga sehingga 60% untuk barangan terpilih.

Toys R Us.
(Kredit: Great Eastern Mall)

Perbuatan tersebut secara jelasnya melanggar SOP seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertujuan untuk membendung penularan pandemik.

Memetik laporan media, tindakan sekumpulan individu lelaki yang dilihat mengerumuni rak kereta mainan Hot Wheels di kedai tersebut turut mencetuskan kemarahan orang ramai.

Sumber gambar: Orang awam.

Betul-betul tak ingat SOP dah ni. Fikir nak dapat kereta ‘rare’ je.


Pihak berkuasa sedang ‘buru’

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata siasatan awal mendapati gambar kejadian yang tular itu disahkan berlaku pada 3 Disember di Pavilion Bukit Jalil.

Polis sedang meneruskan siasatan untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam pelanggaran SOP di premis tersebut.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar.

Beliau turut menjelaskan pihak polis tidak akan berkompromi sekiranya wujud pelanggaran SOP membabitkan individu di tempat awam.

Pihak polis turut mengucapkan ribuan terima kasih di atas maklumat yang disalurkan kepada mereka bagi memastikan SOP sentiasa dipatuhi.

Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi IPD Cheras di talian 013- 2165881, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584 / 585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.2) 2021.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd