Food Panda 10th Birthday
Now Reading
Penduduk Kampung Baru Kesal Dipaksa Keluar Untuk Projek Pembangunan
Food Panda 10th Birthday Food Panda 10th Birthday

Penduduk Kampung Baru Kesal Dipaksa Keluar Untuk Projek Pembangunan

Ramai penduduk mendakwa nilai unit tanah yang diberikan oleh pihak pemaju itu terlalu rendah.

Farahin Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kemelut kemajuan pembangunan di Kampung Baru, Kuala Lumpur masih tidak mencapai kata sepakat sehingga kini.

Dilema ini melibatkan dua pihak yang ingin memodenisasikan ibu kota Kuala Lumpur atau mengekalkan sejarah orang Melayu.

Seorang penyelidik bebas iaitu Abdur-Razzaq Lubis menyifatkan Kampung Baru sebagai bukti sejarah penempatan orang Melayu di Kuala Lumpur.

Namun, kemelut ini menimbulkan masalah apabila beberapa pihak memaksa penduduk di kawasan Kampung Baru untuk akur dengan projek pembangunan yang ingin dilaksanakan.

Disebabkan itu, beberapa penduduk berasa tidak puas hati kerana mereka terpaksa berpindah dan nilai pampasan yang diberikan juga terlalu rendah.

Penduduk Kampung Baru dedah perkara sebenar

Seorang pengguna Twitter @nadialipah yang juga penduduk di Kampung Baru menceritakan kisah sebenar di sebalik projek pembangunan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, isu pembelian tanah di Kampung Baru oleh pemaju tidak mendapat persetujuan penduduk meskipun sudah ‘dipujuk’ dengan unit kondominium yang bakal dibangunkan.

Kredit: Twitter @nadialipah

Pada Julai 2021, pemaju secara tiba-tiba memberi surat Warta Seksyen 8 yang memaksa semua penduduk di kawasan tersebut untuk keluar secara paksa rela dengan pemberian pampasan.

Kredit: Twitter @nadialipah

Penduduk mula diwajibkan pergi perbicaraan di mahkamah

Sebulan selepas menerima surat warta, tuan tanah diminta untuk menghadiri perbicaraan pertama pengambilan tanah.

Tindakan ini mendapat kritikan kerana kebanyakan penduduk di kawasan tersebut adalah warga emas dan agak bahaya untuk mereka turun naik mahkamah ketika musim pandemik.

Kredit: Twitter @nadialipah

Berikut adalah surat yang diterima oleh penduduk.

Bukan itu sahaja, surat seterusnya diberikan oleh penilai tanah tetapi dalam keadaan yang tidak beradab kerana hanya ditampal di sebuah rumah yang buruk.

Kredit: Twitter @nadialipah

Penduduk rasa dianiaya kerana nilai unit yang diberikan terlalu rendah

Berikutan itu, pemilik terpaksa akur melantik penilai swasta masing-masing untuk mengira harga tanah milik mereka.

Penilai turut memaklumkan bahawa penduduk mempunyai peluang yang sangat tipis untuk mendapatkan semula hak tanah mereka kerana sudah diwartakan di bawah Seksyen 8.

Kredit: Twitter @nadialipah

Selepas menghadiri perbicaraan kedua pada November 2021, hampir kesemua penduduk tidak bersetuju dengan nilai unit masing-masing yang dikatakan terlalu rendah.

Secara terus-terang, mereka berasa dianiaya oleh pihak pentadbir dan penilai kerajaan.

Kredit: Twitter @nadialipah

Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila penduduk cuba untuk mempertahankan hak mereka tetapi diperlekehkan oleh segelintir netizen di media sosial.

Kredit: Twitter @nadialipah
Kredit: Twitter @nadialipah
Kredit: Twitter @nadialipah
Kredit: Twitter @nadialipah

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri juga pernah membangkang projek pembangunan di Kampung Baru itu kerana dikatakan telah melanggar undang-undang.

Kerajaan tidak boleh menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambil tanah di Kampung Baru yang enggan dijual pemiliknya, melainkan untuk tujuan awam seperti pembinaan hospital. Di Kampung Baru bukannya untuk kegunaan awam tetapi adalah untuk tujuan komersil.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.

Di Kampung Baru sebenarnya sudah ada dua buah kondominium. Masyarakat kini mempersoalkan tentang jalan yang semakin sempit disebabkan oleh kepadatan penduduk di kawasan itu.

Kredit: Twitter @nadialipah

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd