Now Reading
Kuala Lumpur Tewaskan Singapura Sebagai Bandar Terbaik Dunia Untuk Ekspatriat

Kuala Lumpur Tewaskan Singapura Sebagai Bandar Terbaik Dunia Untuk Ekspatriat

Kuala Lumpur menduduki tempat yang tinggi dalam kebanyakan kategori di bawah Kedudukan Expat City 2021.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


InterNations, rangkaian ekspatriat yang berpangkalan di Munich telah mengeluarkan Expat City Ranking 2021 dengan respons yang diagregatkan daripada lebih 12,000 ekspatriat mewakili 174 warganegara di 186 buah negara seluruh dunia.

Responden diminta memberikan penilaian di bawah empat indeks berbeza iaitu:

  1. Kualiti Kehidupan Bandar (Quality of Urban Living)
  2. Kehidupan Baru (Getting Settled)
  3. Kehidupan Kerja Bandar (Urban Work Life)
  4. Kewangan & Perumahan (Finance & Housing)

Jadi, apakah nasib Malaysia dan adakah kita berjaya memasuki senarai ini?

Lebih mengejutkan, ibu kota Malaysia iaitu Kuala Lumpur muncul sebagai yang pertama dalam senarai bandar terbaik di dunia untuk didiami oleh ekspatriat.

Berdasarkan senarai semasa, Kuala Lumpur mengatasi Singapura iaitu bandar kelima terbaik untuk didiami ekspatriat.

Bandar Asia Tenggara lain yang tersenarai ialah Bandar Ho Chi Minh di tempat keenam dan Bangkok di tempat ke-11.


Apa yang diperkatakan tentang Kuala Lumpur?

Kuala Lumpur menduduki tempat pertama dalam indeks ‘Getting Settled’, dengan ekspatriat mengatakan ia adalah tempat yang bagus untuk mencipta kenalan baharu untuk ekspatriat yang masih ‘fresh’.

74% gembira dengan kehidupan sosial mereka di Kuala Lumpur, dan 65% ekspatriat di bandar bersetuju bahawa mudah untuk mencari kenalan baharu.

Seorang ekspatriat Switzerland berkata Kuala Lumpur adalah “very international with lovely people.”

92% ekspatriat berkata adalah mudah untuk tinggal di bandar tanpa bertutur dalam bahasa tempatan.

Ini mungkin kerana ekspatriat masih boleh berada di bandar tanpa perlu menguasai sepenuhnya bahasa tempatan, Bahasa Malaysia – kerana kebanyakan penduduk tempatan di Kuala Lumpur fasih berbahasa Inggeris.

Bagi mereka yang mencuba untuk mempelajari bahasa tempatan, 53% ekspatriat berkata Bahasa Malaysia adalah mudah untuk dikuasai.

27% ekspatriat berkongsi bahawa mereka bertutur Bahasa Malaysia dengan baik, manakala 73% mengatakan mereka bertutur dalam bahasa tempatan hanya sedikit atau tidak sama sekali.

Rakyat Malaysia begitu ‘friendly’

Gambar: Van Ambruce Ligutom/ Pexels

Penduduk tempatan di Kuala Lumpur juga mempunyai kedudukan yang tinggi iaitu pada 81% untuk keramahan mereka, dan 77% ekspatriat mengatakan bahawa penduduk di bandar secara amnya mesra dengan penduduk asing.

Kira-kira 75% daripada responden berkata mereka berasa selesa di Kuala Lumpur, dan 78% mendapati mudah untuk membiasakan diri dengan budaya tempatan.


Bandar KL tawar kehidupan yang berpatutan.

Bagi ekspatriat, kos sara hidup di Kuala Lumpur adalah berpatutan, dan bandar itu disenaraikan sebagai bandar teratas di bawah Indeks Kewangan & Perumahan.

Lebih sembilan daripada sepuluh (91%) bersetuju bahawa mencari perumahan di bandar adalah mudah, dengan 60% ekspatriat bersetuju sepenuhnya dan hampir tiga daripada sepuluh (29%) mendapati kemampuan rumah di Kuala Lumpur sangat baik.

Dari sudut kewangan pula, 80% mengatakan mereka gembira dengan status semasa mereka, dan 64% mengatakan pendapatan isi rumah mereka lebih daripada cukup untuk menampung perbelanjaan.

Walau bagaimanapun, Kuala Lumpur berada di kedudukan ke-3 dalam Indeks Kos Sara Hidup Tempatan (Local Cost of Living Index) dengan 78% penarafan ekspatriat secara positif.

Kuala Lumpur tidak sempurna

Kredit: Flickr/Escape Travel

Di sebalik semua maklum balas yang positif, Kuala Lumpur tidak menunjukkan prestasi yang baik di bawah Indeks Kehidupan Kerja Bandar (Urban Work Life) dan hanya menduduki tempat ke-30.

Ekspatriat gembira dengan waktu bekerja dan work-life balance tetapi tidak begitu berminat dengan keadaan ekonomi tempatan dan peluang kerjaya di bandar.

Di bawah Indeks Kualiti Kehidupan Bandar (Quality of Urban Living), Kuala Lumpur berada pada kedudukan rendah dalam soal kestabilan politik (35% gembira), keselamatan diri (78%), sistem pengangkutan awam (57%) dan persekitaran bandar (66%).

Anda boleh baca laporan penuh Expat City Ranking 2021 di sini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd