Now Reading
Ibu Sempat Tinggalkan Nota Kepada Doktor Sebelum Meninggal Dunia

Ibu Sempat Tinggalkan Nota Kepada Doktor Sebelum Meninggal Dunia

Wanita berkenaan turut sempat meninggalkan nombor telefon beberapa individu untuk dihubungi oleh doktor itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Memang agak menakutkan bila kita terpaksa berhadapan dengan persiapan pengebumian apabila ada ahli keluarga yang meninggal, lebih-lebih lagi jika belum pernah melakukannya sebelum ini.

Persiapan itu lebih mudah sekiranya ada ahli keluarga, saudara mara atau jiran yang baik hati untuk membantu.

Namun malang buat seorang budak lelaki ini apabila arwah ibunya terpaksa meninggalkan nota kepada doktor ketika hampir tiba ajal.

Wanita itu menulis nota kepada doktor yang bertanggungjawab pada hari berkenaan untuk membantu mengkafankan badannya dengan kain selepas dia meninggal dunia.

Ini kerana dia tidak mempunyai ahli keluarga lain kecuali anak lelakinya yang kurang upaya iaitu bisu, bernama Imran.

Kredit: Twitter @RilekSantaiMY

Dia meminta doktor untuk tidak menutup mukanya supaya anaknya dapat melihat wajah buat kali terakhir dan memberitahu Imran bahawa ibunya sudah meninggal dunia.

Wanita itu juga meninggalkan nombor telefon beberapa individu untuk membolehkan doktor menghubungi mereka serta memaklumkan tentang pemergiannya.

Ramai netizen meluahkan rasa kasihan terhadap keluarga itu dan membuktikan kepada orang ramai tentang kasih sayang seorang ibu yang cukup besar terhadap anaknya sehingga nafas terakhir.

Mereka juga mendoakan serta mengucapkan takziah kepada arwah serta anak tunggalnya.

Kredit: Twitter @RilekSantaiMY
Kredit: Twitter @RilekSantaiMY
Kredit: Twitter @RilekSantaiMY
Kredit: Twitter @RilekSantaiMY
Kredit: Twitter @RilekSantaiMY

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd