Cuti Umum Pada 3 Disember Akan Beri Kesan Kerugian RM400 Juta
Secara kasar, cuti umum yang tidak dirancang ini boleh mengakibatkan kerugian sebanyak RM400 juta dalam pengeluaran yang hilang.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Esok, Jumaat (3 Disember) telah diisytiharkan sebagai cuti umum bagi Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya) bagi meraikan kemenangan Kelab Bola Sepak Kuala Lumpur (KL City) menentang Johor Darul Ta’azim FC (JDT FC) pada 30 November lalu.
Selepas 32 tahun, akhirnya KL FC berjaya meraih kemenangan Piala Malaysia.
BACA JUGA: Public Holiday For KL On Friday After Football Win Against Johor
Walaupun kemenangan bersejarah itu adalah salah satu perkara yang perlu diraikan, segelintir rakyat Malaysia mendapati cuti umum yang diberikan adalah tidak perlu mengikut kepada keadaan ekonomi semasa negara.
Pengumuman cuti umum secara tiba-tiba itu berpotensi menggagalkan banyak rancangan seperti tarikh peperiksaan, temu janji kesihatan, mesyuarat perniagaan, temu janji mahkamah dan banyak lagi.
Pada masa ini, pelajar di seluruh negara sedang menduduki peperiksaan tahun akhir dan cuti umum mungkin melambatkan lagi jadual mereka.
Waste of time. Can’t figure the daftness of declaring it a holiday. Just beocs of 1 football match. Now have to reschedule all works @IsmailSabri60 honestly!!
— LL2007 (@leen2079) December 1, 2021
Please cancel the holiday! We don't need it in KL and we've got alot of unfinished work and meeting to attend!
— Julian Khoo (@khoo_julian) December 1, 2021
Unnecessary holiday; we got so much things to catch up; business schedule disruption.
— Ng See Eng (@ngseeeng) December 2, 2021
Percutian yang tidak dirancang adalah tidak bertanggungjawab
Ahli Parlimen Bangi dan Penolong Pengarah Pendidikan Politik bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Dr Ong Kian Ming membidas tindakan Menteri Wilayah Persekutuan Shadidan Kassim kerana mengisytiharkan cuti umum ini.
Menurut Malaysiakini, Ong berkata cuti umum yang tidak dirancang itu mungkin mengakibatkan kerugian sebanyak RM400 juta – sesuatu yang negara tidak mampu hadapi semasa kita pulih daripada wabak Covid-19.
Seorang netizen berkata walaupun cuti sentiasa ditunggu-tunggu, memenangi kejohanan tempatan tidak mewajarkan cuti umum.
Although I love to have more holiday.
— Meng Hui Goh (@GohMhgoh164) December 1, 2021
But does it really justify the declare a holiday – KL will a local tournament?
Well, if we win Olympic or World Cup or even SEA games, it fine.
Ain't our expectation become so low like we pick our leaders?
Netizen lain turut mengulangi sentimen yang sama dan menunjukkan beberapa contoh di luar negara.
And it’s not like it’s the Olympics! It’s only interstate .
— Mama (@sitiomar19) December 1, 2021
Great teams menang champions league euro pun tak declare cuti…do no la this attitude of ngong…
— MCO2U (@MCO2U) December 1, 2021
Will London declare a holiday if Crystal Palace won the EPL challenge?
— Etchkay (@Etchkay1) December 2, 2021
Pengguna Twitter lain yang juga seorang ibu mengatakan bahawa anak perempuannya di sekolah menengah yang menduduki peperiksaan akhir pada hari Jumaat mengadu bahawa ianya hanya bola sepak.
Yes. Agreed. Even my daughter in secondary school is complaining as she is having her last exam on Friday! You know what she said?
— Suraya Aziz (@Suraya4Aziz) December 1, 2021
Bodo la. Bola jer pun!
Seorang lagi netizen bertanya sama ada ianya adalah cuti wajib?
Is it mandatory? There are msg flying around claimed that this is not mandatory, the minister used section 9(2)of the holiday act 1951?
— CS (@steadylu) December 2, 2021
Kesemua bank di KL akan dibuka
Menurut Bank Negara Malaysia (BNM), BNM dan kesemua bank termasuk operasi cawangan di Kuala Lumpur tetap dibuka dan beroperasi seperti biasa pada Jumaat, 3 Disember.
Urus niaga pasaran kewangan dalam pasaran bon pertukaran asing, wang dan over-the-counter (OTC) juga akan terus berfungsi seperti biasa.
“More trouble” pada 3 Disember
Pada 1 Disember, Perdana Menteri Ismail Sabri mengumumkan 3 Disember sebagai Hari Batik Malaysia.
Namun, netizen berpendapat bahawa hari tersebut perlu dialihkan ke tarikh lain bagi menghormati golongan OKU kerana secara kebetulan sama dengan Hari Orang Kurang Upaya Sedunia.
BACA JUGA: “Celebrating Batik Day On World Disability Day Marginalises OKU Community” Netizens Say
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.