Penyelidik Bangsa Cina Dari UKM Temui Penyelesaian Untuk Masalah Hilang Ingatan
Dr. You telah menemui penyelesaian untuk warga emas yang asalah ingatan yang semakin merosot.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Terdapat banyak sebab mengapa pakar pemakanan sentiasa menasihati orang ramai untuk makan lebih banyak sayur-sayuran.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr. You Yee Xing dari Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga penerima Anugerah Emas Kedoktoran.
Orang tua selalunya mempunyai masalah ingatan dan ianya semakin merosot apabila mereka meningkat usia.
Dr. You telah berjaya mencipta suplemen Ulam Raja yang kaya dengan kandungan polifenol dan antioksidan dapat mencegah penyakit nyanyuk dalam kalangan warga emas.
Suplemen ini berpotensi bertindak sebagai agen pencegahan kecelaruan kognitif dengan menurunkan aras peroksida lipid, meningkatkan aras serum glutation dan mengaktifkan otak.
Hasil kajian beliau mendapati suplemen ini meningkatkan fungsi kognitif global, ingatan kerja, mengurangkan ketegangan dan gangguan emosi dalam kalangan warga emas.
Kajian ini juga memberi impak positif kepada kesihatan masyarakat dan ekonomi negara yang membawa kepada perkembangan industri asas tani dan pertanian berkaitan dengan Ulam Raja.

(Sumber: Internet)
Dr. You telah dianugerahkan Anugerah Emas Kedoktoran pada Majlis Konvokesyen UKM ke-49 baru-baru ini.
Beliau disifatkan sebagai seorang yang berperibadi periang, selain boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih.
Graduan dalam bidang dietetik, Dr. You telah berjaya menerbitkan 23 kertas kerja dalam penerbitan terkenal termasuk artikel jurnal berkaitan bidang pengajian.
Pencapaian terbaru beliau dipuji oleh UKM di Facebook.
Dia menerima pujian dan ucapan tahniah daripada netizen yang turut mengucapkan terima kasih ke atas penemuan berguna itu.
Ada yang mengatakan mereka telah mengambil Ulam Raja tanpa menyedari bahawa ianya sangat bermanfaat untuk kesihatan.

(Sumber: Facebook)
Apa Itu Ulam Raja?
Secara ringkasnya bermaksud: “King Salad” atau “Mahkota Segala Ulam”
Ulam Raja dipercayai baik untuk melancarkan peredaran darah, detoksifikasi, menguatkan tulang, serta menyingkitkan toksik dalam badan.
Nama saintifiknya pokok Ulam Raja adalah: Cosmos Caudatus.
Ianya tergolong dalam jenis kosmos iaitu ditanam sebagai pokok hiasan kerana bunganya berwarna-warni.
Daun mudanya sering dimakan mentah, manakala bunga merah jambu boleh ditambah ke dalam hidangan dan digunakan sebagai hiasan makanan.
Bahagian berdaun Ulam raja biasanya dimakan bersama nasi, budu (sambal ikan bilis), sambal belacan, tempoyak (perasa daripada durian yang diperam) dan cincalok (perasa yang diperbuat daripada udang kecil yang diperam atau krill).
Kesimpulannya, lepas ini bolehlah penuhkan pinggang dengan ulam-ulaman!
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.