Now Reading
Mahkamah Arah Sita Harta Nur Sajat

Mahkamah Arah Sita Harta Nur Sajat

Barang-barang yang disita akan dilelong di bawah harga pasaran untuk menebus pampasan yang perlu dibayar kepada pihak plaintif.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Semalam (30 November), Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan harta usahawan kosmetik, Nur Sajat untuk disita akibat kegagalan membayar pampasan kepada bekas stokis utama, OWA Resources.

Memetik laporan, Peguam Utama OWA Resources, Nurul Hafidzah Hassan berkata permohonan OWA Resources Sdn Bhd menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar oleh Sajat melalui proses penyitaan dibenarkan mahkamah dan dilaksanakan pagi semalam.

Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dijalankan di rumah Sajat di Kota Damansara.

Peguam Utama OWA Resources, Nurul Hafidzah Hassan menerusi Berita Harian.
Kediaman Nur Sajat yang beralamat di Kota Damansara.
(Kredit: FMT)

Keputusan tersebut dibuat selepas mahkamah mendapati Sajat tidak memberi sebarang maklum balas untuk membayar pampasan.

Penyitaan ini berlaku apabila Sajat gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada April lalu bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memerintahkan beliau membayar ganti rugi kepada OWA Resources.

Kredit: Nur Sajat/Instagram

Terdahulu, anak guamnya, Nurwati Hussin, 41 dan Mohamed Syakir Hussin, 32 dari OWA Resources yang juga bekas stokis utama perniagaan bengkung milik Sajat mengambil tindakan menyita susulan kegagalan membayar jumlah penghakiman pada Disember 2020.

Barang-barang yang disita akan dilelong di bawah harga pasaran untuk menebus pampasan yang perlu dibayar kepada pihak plaintif. Writ penyitaan dan penjualan sudah ditampal di premis defendan hari ini dan jika pihak defendan tidak membuat bayaran, semua barang yang disita akan dilelong pada 14 Disember ini.

Peguam Utama OWA Resources, Nurul Hafidzah Hassan menerusi Berita Harian.

Hafidzah turut menjelaskan sekiranya jumlah pungutan wang hasil dari lelongan masih tidak mencukupi melalui penjualan barang yang disita hari ini, anak-anak guam akan mengambil langkah seterusnya bagi menyita aset-aset lain yang boleh disita dan dijual.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd