Now Reading
Wanita Terengganu Ini Milliki Darah Paling ‘Rare’ Di Dunia

Wanita Terengganu Ini Milliki Darah Paling ‘Rare’ Di Dunia

Wanita ini adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang memiliki jenis darah Rhnull.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seorang wanita di Terengganu merupakan satu-satunya rakyat Malaysia daripada 43 orang di dunia yang mempunyai jenis darah unik yang dikenali sebagai jenis darah Rhnull (Rhesus null), juga disebut sebagai Darah Emas.

Menurut Medical News Today, jenis darah Rhnull adalah unik kerana sel darah merah tidak mengandungi antigen padanya. Oleh disebabkan itu, darah tersebut adalah yang paling jarang dijumpai di dunia.

Berita tersebut dikongsikan oleh Facebook Derma Darah Terengganu Kite ketika wanita berkenaan ingin menderma darah.

Darah itu dihantar ke Pusat Darah Negara di Kuala Lumpur untuk dibekukan terlebih dahulu. Darah yang jarang ditemui akan disimpan di dalam kotak nitrogen pada suhu serendah -80 darjah Celcius selama 10 tahun.

Jika ada pesakit yang memerlukan darah ini, darah tersebut akan dicairkan untuk digunakan.

Sehingga kini, hanya sembilan penderma yang aktif bagi darah jenis ini dan salah seorang daripadanya adalah wanita berasal dari Terengganu.

Memiliki darah yang jarang ditemui bukanlah sesuatu yang glamor

Individu dengan jenis darah yang jarang ditemui juga mempunyai masalah tersendiri. Menurut Universiti Melbourne, mereka yang mempunyai jenis darah Rhnull memiliki sel darah merah yang tidak normal.

Sel darah merah dalam jenis darah ini mempunyai bentuk yang cacat, membran bocor serta jangka hayat lebih pendek. Ini boleh menyebabkan seseorang itu boleh mengalami anemia ringan.

Namun, jenis darah Rhnull masih boleh digunakan sekiranya ada berlaku kecemasan dalam kalangan individu yang mempunyai jenis darah yang sama.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd