Now Reading
Piknik Di Genting Highlands Tapi Tanpa Khemah

Piknik Di Genting Highlands Tapi Tanpa Khemah

Kawasan lapang di Genting Highlands kekal menjadi lokasi pilihan buat mereka yang ingin bersuka-ria dengan menggunakan bajet yang sedikit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Piknik selalunya menjadi aktiviti popular buat rakyat Malaysia, terutamanya di kawasan pergunungan yang udaranya sejuk dan berangin.

Sememangnya, destinasi pelancongan popular Genting Highlands yang berketinggian 6,000 kaki di atas paras laut akan terlintas di fikiran ramai orang.

Terkenal dengan kasino, hiburan malam dan hotel mewah – Genting Highlands juga sesuai untuk mereka yang menggemari aktiviti piknik.

Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini dilihat beberapa trend baru di mana segelintir orang dilihat memacak khemah dan melepak dekat parkir di Genting Highlands.

BACA LANJUT: Trend Pacak Khemah & Lepak Dekat Parkir Di Genting Highlands Undang Kemarahan

Macam-macam hal.

Tempat terlarang

Ekoran dari reaksi negatif netizen, aktiviti memacak khemah dan berpiknik dilokasi berkenaan kini dilarang dan ditegah oleh polis bantuan di sana.

Semakan baru-baru ini oleh TRP mendapati bahawa tempat itu, yang terletak berhampiran stesen minyak di Genting Highlands – kekal sebagai ‘magnet’ buat pencinta aktiviti outdoor, walaupun tanpa khemah.

Sebilangan pengunjung dilihat menyiapkan meja dan kerusi dari belakang kenderaan mereka.

Orang awam dilihat menyediakan meja berkelah di sepanjang jalan berhampiran puncak Genting Highlands.
(Kredit: Fernando Fong)

Mereka juga dilihat memasak makanan panas di tepi jalan menggunakan dapur mudah alih.

Antaranya ialah sekumpulan anak muda yang merupakan pelajar di sebuah universiti awam di Tanjung Malim.

Mereka bagaimanapun tidak menyedari tentang kekecohan yang dicetuskan oleh segelintir individu di media sosial baru-baru ini.

Kami hanya ingin bergembira tanpa mengeluarkan bajet yang tinggi.

Guru pelatih dari Tanjung Malim kepada TRP.
Menikmati makanan panas di kawasan sejuk. Syok!
(Kredit: Fernando Fong)

Sementara itu, seorang penduduk tempatan yang tinggal berhampiran Gohtong Jaya (pekan satelit Genting Highlands) berkata aktiviti berkhemah tidak akan pernah dipersetujui oleh mana-mana pihak pengurusan.

Penduduk tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Chen berkata, perniagaan wujud untuk menjana keuntungan.

Beliau menjelaskan Genting Malaysia telah melabur lebih banyak wang dalam infrastruktur untuk dinikmati orang ramai, termasuk taman tema baharu yang disasarkan dibuka pada suku kedua tahun ini.

BACA JUGA: Genting SkyWorlds Theme Park Will Finally Open In 2021! Here’s A Sneak Peek

Ambil sahaja Hotel First World di Genting Highlands sebagai contoh. Ia adalah hotel terbesar di dunia dengan lebih daripada 7,000 bilik, dan anda menjangkakan orang ramai memasang khemah sesuka hati? Pasti tidak.

Chen penduduk tempatan Gohtong Jaya kepada TRP.
Pemandangan udara Genting Highlands.
(Kredit: Fernando Fong)

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd