Now Reading
Peniaga Jual Kailan Ikan Masin RM18 Diberi Notis Oleh KPDNHEP

Peniaga Jual Kailan Ikan Masin RM18 Diberi Notis Oleh KPDNHEP

Pihak KPDNHEP telah mengeluarkan notis kepada peniaga dan mereka perlu memberi maklum balas dalam tempoh dua hari bekerja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak kebelakangan ini, boleh dikatakan ramai peniaga yang mula menaikkan harga jualan mereka.

Terdahulu, tular kes harga ikan siakap yang dijual dengan harga melebihi RM1,000 dan juga hidangan dua sotong goreng berharga RM100.

BACA JUGA: Pelanggan Terkejut Harga Ikan Siakap Di Langkawi Berharga RM1,196.80

Baru-baru ini, timbul lagi kes di mana hidangan kailan ikan masin pula yang mencuri perhatian orang ramai.

Kailan ikan masin dijual dengan harga RM18

Perkara ini menjadi tular selepas seorang pelanggan di sebuah restoran di Kepala Patas, Pulau Pinang memuat naik gambar resit lauk yang dibeli sehingga mencecah RM122.

Kredit: Facebook Penang Kini

Melalui posting yang dimuat naik itu, dia sedia maklum tentang kenaikan harga barang mentah dan reda membayar harga berkenaan.

Kredit: Facebook Penang Kini

Namun, apa yang membuatkan pelanggan tersebut terkejut adalah apabila lauk kailan ikan masin untuk satu orang makan itu berharga RM18.

Di ruangan komen posting yang telah diambil oleh Facebook Penang Kini, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan harga tersebut walaupun harga barang mentah semakin mahal.

Kredit: Facebook Penang Kini
Kredit: Facebook Penang Kini

Berikutan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang meminta pelanggan tersebut untuk tampil membuat aduan rasmi kepada pihak mereka supaya tindakan selanjutnya dapat dilakukan.

KPDNHEP keluarkan notis kepada peniaga

Menurut laporan, KPDNHEP telah mengeluarkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) kepada peniaga berkenaan.

KPDNHEP memaklumkan bahawa pegawai penguatkuasa agensi itu sudah melakukan sisatan terhadap premis berkenaan selepas mendapat maklumat daripada pelanggan.

Satu NPMB bagi makanan kalian ikan masin berharga RM18 diberikan kepada peniaga berkenaan dan mereka perlu memberi maklum balas dalam tempoh dua hari bekerja.

Pegawai KPDNHEP.

Sehingga kini, pihak KPDNHEP akan menunggu maklum balas daripada peniaga terbabit untuk tindakan selanjutnya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd