Now Reading
El Azman Beri Respon Isu Buang Nama Isteri Dalam Syarikat

El Azman Beri Respon Isu Buang Nama Isteri Dalam Syarikat

El Azman mendakwa dirinya kini diuji sebagai bukti kasih sayang Allah kepada hamba-Nya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kemelut rumah tangga melibatkan seorang usahawan wanita iaitu Nur Amirah serta suaminya El Azman mencuri perhatian netizen di media sosial.

Kisah mereka menjadi tular apabila Amirah meluahkan perasaannya yang sudah lama dipendam melalui beberapa posting di IG Story.

Usahawan wanita itu juga berkongsi cerita bahawa suaminya sudah membuang nama Amirah sebagai salah seorang pemegang saham dalam perniagaan pakaian jenama Elrah Exclusive.

Namun ketika sedang berada dalam kemelut rumah tangga, El Azman dilihat sempat menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah terlebih dahulu.

BACA JUGA: Suami Tangguh Ceraikan Isteri, Siap Boleh Pergi Umrah Dulu

El Azman mendakwa dirinya diuji Tuhan

Selepas tular isu tentang masalah rumah tangga, El Azman dilihat memuat naik posting yang mendakwa dirinya kini sedang diuji sebagai bukti kasih sayang Allah kepada hamba-Nya.

Menurutnya lagi, mungkin kesabaran ketika mengharungi ujian yang ditimpa ini boleh menjadikan seseorang lebih mengingati Tuhan.

Kredit: Instagram @elazman_

Melalui kaspyen yang ditulis, dia seperti redha menghadapi segala cacian dan makian.

Allah ada bila dia uji kita. Allah ada untuk orang yang diduga. Yang pasti, Allah uji sebab Allah sayang kita.

El Azman.
Kredit: Instagram @elazman_

Selain itu, El Azman juga memberitahu bahawa masa, kebahagiaan dan harta tidak boleh dicapai dalam waktu yang sama.

Kredit: Instagram @elazman_

Dua-dua pihak dah luahkan perasaan masing-masing.

Kami doakan semoga masalah rumah tangga Amirah dan El Azman dapat diselesaikan dengan segera.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd