Ditegur Oleh Staf Kafe Di Janda Baik Sebab Anak Bising, Lelaki Ini Luah Rasa Tak Puas Hati
Dia menjelaskan sedang menikmati kopi dan suasana di kafe berkenaan sebelum isterinya ditegur oleh staf kafe yang mengatakan bahawa anak-anaknya terlalu bising dan menganggu pelanggan lain.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Kebiasaannya kanak-kanak yang sedang membesar memang sukar untuk dikawal. Baik oleh keluarga, adik-beradik, mahupun ibu bapa sendiri.
Mereka lebih cenderung untuk melakukan sesuatu perkara dengan sendiri.
Termasuklah makan, bermain-main, meneroka sesuatu permainan dan sebagainya. Kalau ada yang cuba menghalang mereka, mereka dilihat akan ‘protes’ dengan tersendiri.
Atau paling teruk, menjerit atau menangis sehingga meraung.
Ditegur secara kurang sopan oleh staf kafe
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @khairul_hafidz yang juga Pengerusi Pertubuhan Tweet Perubatan Malaysia (MedTweetMY) menerusi satu rantaian tweets telah meluahkan rasa tidak puas hati berkenaan satu kejadian yang berlaku kepada keluarganya.
Kejadian tersebut berlaku di sebuah kafe di Janda Baik.
Sampai ke Janda Baik kami jalan jalan.
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) November 25, 2021
Enjoying the coffee and ambiance.#PintoCafe pic.twitter.com/TgshhrZZR7
Dia menjelaskan sedang menikmati kopi dan suasana di kafe berkenaan sebelum isterinya ditegur oleh staf kafe yang mengatakan bahawa anak-anaknya terlalu bising dan menganggu pelanggan lain.
Just now my wife was approached by one of the staff, asking us to be considerate buat pelanggan yang lain di situ katanya anak kami buat bising.
Khairul Hafidz menerusi Twitter.
Mengulas lanjut, dia pada ketika itu sedang ke tandas. Sekembalinya di meja, ‘mood’ isterinya tiba-tiba berubah selepas ditegur sebegitu oleh staf yang bekerja di kafe itu.
Jelasnya lagi, staf itu telah menegur dengan cara yang tidak sopan.
So far seingat saya, tak pernah sekali pun saya memberikan bad review kepada mana-mana cafe, but this one is an exception.
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) November 25, 2021
Just now my wife was approached by one of the staff, asking us to be considerate buat pelanggan yang lain di situ katanya anak kami buat bising https://t.co/FAbkzXQoLE
Dia menjelaskan bahawa staf itu sepatutnya menunggu dia pulang ke meja untuk menegur tentang perkara tersebut, bukannya menegur si isteri.
Yes, we are bringing kids, and of course akan bising sedikit. If you feel your cafe entitled for quietness and tranquility, you should not allow kids at the first place. Buat signage, we will willingly abide the rule, your place your rule, we understand.
Khairul Hafidz menerusi Twitter.
Luahan tersebut diakhiri dengan pujian kopi yang sedap dan suasana menarik di kafe tersebut.
Walau bagaimanapun, dia tidak suka dengan cara layanan staf kepada pelanggan dan turut menasihati supaya staf tidak seharusnya bersikap kurang sopan terhadap pelanggan.
Just disappointed, the coffee is quite good, the ambiance as well. But I dont appreciate the way the staff approach us as a customer.
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) November 25, 2021
Again, the point is, he should not be rude towards customer.
Netizen beri pendapat berbeza
Isu ini turut meraih perhatian orang ramai di Twitter.
Seperti biasa, ‘freedom of speech’ – ada yang setuju dan sebaliknya.
Namun, apa-apa jua pendapat yang diluahkan adalah tiada BETUL atau SALAH. Kesemuanya valid untuk setiap perkara dari sudut yang berbeza.



Pendapat mungkin berbeza-beza, namun sebenarnya apa yang perlu diambil sebagai iktibar adalah untuk sentiasa menghormati di antara satu sama lain.
Baik pekerja kafe, mahupun pelanggan.
Mungkin itu hanya ‘amaran’ dari pihak kafe untuk mengawal anak-anak. Walau bagaimanapun, pihak kafe juga seharusnya memberikan teguran dengan cara yang betul dan sesuai.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.