Now Reading
Artis Tempatan Kecam Syarat 1 Juta Pengikut Di Media Sosial Oleh Syarikat Produksi

Artis Tempatan Kecam Syarat 1 Juta Pengikut Di Media Sosial Oleh Syarikat Produksi

Sekarang ini syarikat produksi lebih mementingkan jumlah pengikut di media sosial berbanding bakat sebenar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Satu juta pengikut, itulah angka ajaib yang diperlukan oleh seseorang untuk berlakon dalam syarikat produksi tempatan.

Pendedahan perkara itu telah heboh di media sosial dan netizen turut mempertikaikan sama ada pemilihan tersebut adalah berdasarkan populariti atau bakat sebenar.

Selebriti mempersoalkan syarat tersebut

Pelakon Iedil Dzuhrie Alaudin berkata di akaun Twitter miliknya bahawa tiada gunanya dia mensia-siakan usaha bagi mendapatkan watak dalam sesebuah cerita.

Ini kerana dia tidak mencapai syarat memiliki satu juta pengikut meskipun sudah mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri ini.

Kredit: Twitter @iedildzuhrie

Personaliti tempatan yang lain turut bersuara tentang isu ini. Bront Palarae berkata bahawa ini merupakan salah satu sebab industri filem tempatan sukar untuk berkembang.

Kredit: Twitter @Bront_Palarae

Sementara itu, pelakon Sharifah Amani juga berkata syarikat dan penggiat seni perlu menolak pihak produksi yang mempunyai kriteria sedemikian.

Kredit: Twitter @sharifahamani

Netizen turut terkejut

Rakyat Malaysia yang lain juga hairan apabila melihat syarat tersebut. Peguam Syahredzan Johan mempersoalkan tentang keperluan mempunyai pengikut seramai itu, sedangkan Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri sendiri hanya mempunyai pengikut kurang daripada 400,000 orang.

Kredit: Twitter @syahredzan

Seorang lagi pengguna Twitter memberi pendapat bahawa seseorang selebriti itu tidak perlu mempunyai pengikut yang ramai untuk menghasilkan filem atau iklan yang bagus. Antara contoh yang disebut adalah cara arwah Mamat Khalid memilih pelakon berdasarkan bakat.

Kredit: Twitter @TiadaCarut

Selain itu, ada juga netizen yang risau tentang masa hadapan Malaysia apabila semakin ramai doktor, penggiat seni, para graduan dan rakyat lain yang mempunyai masalah untuk mendapatkan pekerjaan.

Kredit: Twitter @rshbdrf_

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd