Now Reading
70% Nikah Di Siam Sebab Poligami, Kos Nikah Kini Naik Cecah RM1,500

70% Nikah Di Siam Sebab Poligami, Kos Nikah Kini Naik Cecah RM1,500

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Ruzaini Rais, faktor kedua pula adalah halangan daripada keluarga iaitu sebanyak 26%.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menikah di Siam, pasti ramai yang tahu apa ertinya.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini telah tular isu yang difahamkan bahawa kadar bayaran dikenakan kepada pasangan yang mahu berkahwin di Thailand kini antara RM1,200 hingga RM1,500.

Jika sebelum ini, hanya sekitar RM600 sahaja sebelum negara dilanda pandemik Covid-19.

Menerusi laporan, ‘Otai’ atau orang lama dalam bidang itu yang berusia 60 tahun (enggan dikenali) memberitahu bahawa perkembangan itu menyaksikan ejen-ejen yang menawarkan perkhidmatan tersebut meraih pendapatan berlipat kali ganda.

Gambar sekadar hiasan.

Jelasnya, dalam tempoh sebulan selepas rentas negeri dibenarkan, dia sendiri telah menerima tempahan lebih kurang 40 pelanggan – sama ada di negeri ini atau negeri luar yang mahu menikah di Thailand dalam masa terdekat.

Sebelum ini, nak dapat 10 pasangan pun payah. Sekarang, bilangannya naik kerana orang ramai sudah boleh rentas negeri. Mereka tidak kisah membayar harga sekali ganda lebih mahal berbanding dulu kerana faham, bukan senang mahu melintas ke Thailand dalam keadaan pintu sempadan negara masih lagi ditutup ketika ini.

‘Otai’ ketika dihubungi oleh pihak Utusan Malaysia.

Nak nikah di Siam kena melalui pengangkutan udara?

Untuk pengetahuan umum, laluan darat ke Siam, Thailand masih belum dibenarkan melainkan bagi urusan perdagangan sahaja.

Oleh itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Ruzaini Rais berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan ada pasangan yang melangsungkan perkahwinan di Thailand dengan memasuki negara itu melalui udara setelah negara jiran tersebut membuka sempadan sejak 1 November lalu.

Beliau memberikan kenyataan itu kepada pihak Utusan ketika dihubungi.

Buat masa ini, sempadan Malaysia-Thailand dibuka untuk laluan udara sahaja. Laluan darat belum lagi hanya dibuka untuk tujuan perdagangan sahaja. Namun, mungkin ada (pasangan) yang pergi ikut laluan udara untuk tujuan berkahwin di sana

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Ruzaini Rais ketika dihubungi Utusan Malaysia.

70% nikah di Siam sebab poligami

Kredit: Berita Harian

Memberi penjelasan lanjut, dalam tempoh PKP sehingga kini masih belum ada pasangan yang menikah di Thailand mendaftar perkahwinan mereka di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Katanya, sejak 2010 sehingga tahun lalu sebanyak 1,825 pasangan yang menikah di Thailand mendaftarkan perkahwinan di negeri ini.

Purata pasangan menikah di Thailand adalah kira-kira 182 setahun. Tahun 2020 menyaksikan kemerosotan perkahwinan di Thailand secara drastik kepada 70% berbanding 2019 kerana pintu sempadan hanya dibuka sehingga pertengahan bulan Mac.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Ruzaini Rais ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau turut menyatakan faktor utama pasangan menikah di Thailand adalah poligami, iaitu sebanyak 70%.

Faktor kedua pula adalah halangan daripada keluarga iaitu sebanyak 26%.

Manakala 3% lagi menganggap proses berkahwin di Thailand lebih mudah serta tidak mahu mengikut adat seperti kenduri kahwin dan sebagainya.

Pasangan yang berkahwin di negara jiran perlu hadir ke JAIPs dengan mengemukakan dokumen selepas mendapat pentauliahan dari Majlis Agama Islam Thailand selain mampu membuktikan perkahwinan mereka berlaku dan sah mengikut syarak supaya dapat didaftarkan di negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Ruzaini Rais ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Untuk rekod, Thailand membuka semula sempadan kepada pengunjung dari 46 negara berisiko rendah Covid-19 bermula 1 November lalu.

Walau bagaimanapun, pelancong dari negara yang disifatkan sebagai berisiko rendah dibenarkan memasuki Thailand melalui laluan udara tanpa perlu menjalani kuarantin.

Mereka hanya perlu menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 dan menunjukkan keputusan ujian saringan negatif sebelum menaiki pesawat dan bersetuju untuk menjalani ujian saringan sebaik tiba di Thailand.


Anggota Polis berhasrat untuk kahwin lebih daripada satu perlu izin Ketua Jabatan bagi mengelak dikenakan tindakan disiplin.

Untuk pengetahuan umum, pegawai dan anggota polis yang berhasrat untuk berkahwin lebih daripada satu perlu memperoleh kebenaran dan keizinan secara bertulis daripada Ketua Jabatan masing-masing.

Laporan menyatakan bahawa keizinan itu penting bagi mengelak mereka dikenakan tindakan disiplin atau boleh dianggap sebagai ingkar arahan Ketua Polis Negara.

Pegawai polis yang bertindak berkahwin di luar kawasan atau luar negara juga berdepan dengan tindakan displin. Mereka yang akan mendirikan rumahtangga sama ada kali pertama atau kedua dinasihatkan supaya mendapatkan keizinan Ketua Jabatan masing-masing.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan.

Arahan tersebut juga terpakai bagi mereka yang bukan beragama Islam.

Tapisan terhadap permohonan juga akan dibuat sebelum diluluskan.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd