Now Reading
Ramai Persoal Tindakan LPF Menapis Filem ‘No Time To Die’

Ramai Persoal Tindakan LPF Menapis Filem ‘No Time To Die’

Salah satu babak dalam filem ‘No Time To Die’ itu ditapis oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) kerana menunjukkan wanita berpakaian seksi.

Nurfarahin Muhd Fadzil

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak panggung wayang dah dibuka, memang banyak filem-filem baru yang keluar. Untuk yang kaki movie, memang seronoklah dapat tengok filem terbaru di skrin yang lebih besar.

Antara filem terbaru di panggung wayang adalah Venom, Ghostbusters Afterlife, Eternals, Dune dan banyak lagi.

Seperti yang diketahui, setiap filem yang ditayangkan di panggung wayang akan melalui Lembaga Penapis Filem (LPF) terlebih dahulu.

Lembaga Penapis Filem (LPF) merupakan agensi yang menapis kandungan filem dan video di Malaysia bagi menjaga keharmonian rakyat dari terpengaruh dengan unsur negatif di dalam sesetengah filem.

Babak dalam filem nampak pelik lepas ditapis

Filem No Time To Die merupakan salah satu filem yang dinanti-nantikan terutamanya peminat James Bond.

No Time To Die adalah filem bersiri James Bond yang ke-25 dan dibintangi oleh Daniel Craig sebagai ejen perisikan British.

Antara siri filem James Bond yang lain adalah Skyfall dan Spectre.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter Vijay S. meluahkan rasa kesal apabila beberapa babak dalam filem No Time To Die yang ditayangkan di panggung wayang dilihat pelik selepas ditapis oleh LPF.

Kredit: Twitter @vjxuria

Apabila filem itu ditonton semula melalui Torrent, babak yang nampak pelik itu sebenarnya menunjukkan wanita berpakaian seksi.

Torrent adalah laman web yang membolehkan orang ramai memuat turun filem-filem di panggung wayang secara percuma.

Kredit: Twitter @vjxuria

Lelaki yang dikenali sebagai Vijay itu juga membuat perbandingan babak itu dengan babak sebenar di dalam filem berkenaan.

Selain itu, dia juga mempertikaikan tindakan LPF menapis babak itu meskipun filem itu merupakan filem dewasa.

Katanya lagi, perkara seperti ini yang membuatkan orang ramai lebih gemar menonton filem secara haram di internet berbanding di pawagam.

Kredit: Twitter @vjxuria

Seorang lagi pengguna Twitter @zhafvlog mempersoalkan tapisan filem tersebut daripada LPF yang agak tidak kemas.

Kredit: Twitter @zhafvlog

Filem Eternals pun katanya ada banyak babak dipotong

Tweet tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Ada di antara mereka turut berkongsi pengalaman sama ketika menonton filem Eternal di pawagam.

Disebabkan ada babak yang tidak cukup di pawagam, mereka mengambil keputusan untuk menonton semula filem itu di laman web Torrent.

Kredit: Twitter @vjxuria
Kredit: Twitter @vjxuria

Tak salah nak tapis beberapa babak filem, tapi mungkin kena pastikan disusun secara kemas dan teratur.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

11 − nine =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd