Now Reading
[Video] Francissca Peter ‘Throwback’ Nyanyi Lagu Tema Proton Saga

[Video] Francissca Peter ‘Throwback’ Nyanyi Lagu Tema Proton Saga

Penyanyi Malaysia iaitu Francissca Peter berkongsi perasaan bangganya sebagai gadis Proton pertama dan pernah menyanyikan lagu tema Proton Saga ketika pelancaran kereta berkenaan pada tahun 1980-an.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seorang penyanyi tempatan yang terkenal iaitu Francissca Peter baru-baru ini berkongsi gambar lama di laman Twitter miliknya ketika dia pernah menjadi duta Proton suatu ketika dahulu.

Dalam gambar tersebut, dia dengan bangganya memegang topi keledar sambil memakai sut yang disediakan untuknya ketika pelancaran Proton pada tahun 1980-an.

Kredit: Twitter Francissca Peter

Ramai juga yang terlupa bahawa Peter pernah menyanyikan lagu tema Proton Saga yang bertajuk Kejayaan Malaysia.

Disebabkan dia tidak menjumpai lagu tema penuh itu di YouTube untuk dikongsikan, penyanyi ini mengambil keputusan menyanyikan lagu tersebut secara ‘acapella’ dan memuat naik video nyanyiannya di YouTube untuk didengarkan oleh orang ramai.

Dalam video tersebut, dia berkongsi kenangan manis menjadi gadis Proton dan berasa bangga melihat Proton Saga digunakan sebagai teksi di London.

Peter tersenyum dan teruja untuk memberitahu kepada pemandu teksi berkenaan bahawa dia sedang memandu kereta buatan Malaysia.

Hatinya sebak dan bangga apabila pemandu tersebut memberi komen bahawa kereta itu sangat bagus.

Proton Saga pernah menjadi kebanggaan besar suatu ketika dahulu

Rakyat Malaysia seperti Peter berbangga dengan Proton Saga generasi pertama itu kerana kenderaan tersebut merupakan kereta buatan Malaysia sepenuhnya dan menjadi simbol kejayaan.

Menurut Carsome, Perhimpunan Sagathon telah diadakan di Sabah dan Sarawak seminggu sebelum pelancaran rasmi Proton Saga generasi pertama untuk membuktikan keupayaan kenderaan itu.

Sebanyak 12 buah kereta Proton Saga yang terlibat dalam perlumbaan tersebut membuktikan bahawa kenderaan berkenaan tahan lama dan boleh dibawa dengan baik tanpa sebarang masalah dalam perjalanan sejauh 4,109 kilometer merentasi jalan pergunungan.

Sejak Proton berkolaborasi dengan Geely pada tahun 2017, rakyat Malaysia agak keliru sama ada kereta yang dihasilkan itu masih boleh dikenali sebagai jenama kereta kebangsaan ataupun tidak. Ada juga yang tertanya-tanya jika Malaysia masih memerlukan kenderaan tersebut.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd