Now Reading
“Terbang Ke London Lagi Murah!” – Netizen Kesal Harga Tiket Penerbangan Cekik Darah

“Terbang Ke London Lagi Murah!” – Netizen Kesal Harga Tiket Penerbangan Cekik Darah

Tiket penerbangan dari KLIA ke Kuching nampaknya berharga antara RM261 hingga lebih RM2,000 semasa musim cuti Krismas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Rakyat Malaysia berang selepas mendapat tahu bahawa tiket penerbangan antarabangsa ke London, England adalah lebih murah berbanding tiket penerbangan domestik dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sarawak ketika sambutan Krismas.

Menjengah komen di media sosial, netizen menghadapi masalah untuk memilih syarikat penerbangan tempatan dan serantau kerana kesemuanya mengenakan caj bayaran yang tinggi untuk tiket penerbangan ke Malaysia Timur ketika cuti musim akhir tahun akan datang.

Tweet yang dihantar oleh pengguna aripfredo meminta Malaysian Airlines menjelaskan mengapa harga tiket dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching begitu mahal.

Berkongsi gambar halaman tempahan syarikat penerbangan itu, aripfredo membuat perbandingan dengan menunjukkan penerbangan standard serta ‘ekonomi’ ke Kuching pada 25 Disember 2021 berharga antara RM1,499.18 hingga lebih RM2,000 berbanding tiket penerbangan ke London yang hanya berharga RM1,469.

(Kredit: aripfredo/Twitter)

Dia turut bergurau mengatakan lebih baik dia menyambut Krismas di London yang jaraknya lebih 10,000 kilometer, daripada pulang ke negeri asalnya hanya 971KM merentasi laut.

Sebagai balasan kepada pertanyaan aripfredo (dan mungkin netizen lain juga yang turut ‘triggered’ oleh senario yang tidak masuk akal itu) akaun media sosial rasmi Malaysian Airlines telah membalas:

Harap maklum bahawa harga kami ditetapkan secara dinamik berdasarkan permintaan dan ketersediaan. Harga mungkin berbeza bergantung pada tarikh dan masa yang dipilih. Kami akan mengesyorkan anda mencari pada kombinasi tarikh yang berbeza untuk mendapatkan tambang pilihan anda.

Malaysian Airlines menerusi Twitter.

Malaysian Airlines bukanlah satu-satunya syarikat penerbangan yang diambil tindakan berhubung isu penerbangan mahal ke negeri Bumi Kenyalang itu.

Penyanyi dan penulis lagu yang berasal dari Sarawak Alena Murang mengemukakan soalan yang sama di akaun media sosialnya dengan bertanya mengapa perjalanan dengan Malaysian Airlines, AirAsia dan syarikat penerbangan Indonesia Malindo Air terlalu mahal semasa cuti Krismas.

Dia juga ‘menyeru’ Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin, dan mengatakan bahawa perjalanan ke Kota Kinabalu, Sabah dan Langkawi, Kedah lebih murah berbanding penerbangan ke Kuching semasa Krismas.

“Bagi pihak semua rakyat Sarawak, mereka yang bekerja di luar Sarawak dan mereka yang menunggu orang tersayang pulang ke rumah. Tolong kurangkan harga atau sekurang-kurangnya berikan kami penjelasan yang logik untuk harga inin,” rayunya sambil membuat jenaka yang sama bahawa dia mungkin lebih baik terbang ke London daripada pulang ke rumah untuk bercuti.

Dalam catatannya, Alena menyertakan beberapa tangkapan skrin yang menunjukkan bahawa penerbangan dari KLIA ke Kuching antara akhir November hingga akhir Disember menunjukkan perbezaan harga yang melampau.

Daripada apa yang kami dapat tahu, perbezaan antara tiket berharga paling rendah (RM261) dengan tiket berharga tertinggi (RM1,499) hampir meningkat enam kali ganda.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd