Now Reading
[Video] Guru Tak Ambil Vaksin Kesal Diasingkan Dalam Bilik Stor Beratap Zink

[Video] Guru Tak Ambil Vaksin Kesal Diasingkan Dalam Bilik Stor Beratap Zink

Seorang guru lelaki di SMK St Michael, Perak yang tidak mengambil vaksin Covid-19 ditempatkan di sebuah bilik stor yang hanya mempunyai meja dan kipas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebelum ini, Menteri Pendidikan Datuk Dr. Radzi Jidin memaklumkan bahawa semua guru perlu lengkap mengambil dua dos vaksin Covid-19 sebelum dibenarkan mengajar secara bersemuka di sekolah.

Tindakan tersebut dilakukan demi memastikan para pelajar berada di kawasan persekitaran yang selamat.

Bagi guru belum lengkap divaksin, mereka boleh hadir ke sekolah mengikut prosedur seperti tidak berada di kawasan atau bilik sama dengan individu yang sudah divaksin.

Selain itu, mereka juga perlu memakai pelitup muka dua lapis serta pelindung muka.

Walaupun garis panduan ini sudah diberitahu, namun ada juga beberapa orang guru masih mempertikaikan tindakan apabila mereka diasingkan di bilik yang berlainan.

Guru diasingkan di bilik stor sekolah

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok Asda Yanti Mh, seorang guru lelaki di SMK St Michael, Perak mendakwa dirinya telah diasingkan di bilik stor yang diperbuat daripada zink.

Tindakan tersebut dikenakan kepada dirinya kerana belum menerima sebarang vaksin Covid-19.

Pada mulanya, dia ditempatkan di stor pendidikan jasmani. Tetapi disebabkan bilik itu sering menjadi kawasan laluan kerana menyimpan pelbagai alatan sukan, guru lelaki ini dipindahkan ke bilik stor lain.

Bilik stor tersebut hanya mempunyai meja dan kipas sahaja. Tiada kerusi ataupun plug untuk caj telefon mahupun komputer riba.

Guru berkenaan agak kesal dengan layanan pentadbiran sekolah terhadap golongan sepertinya.

Walaupun video tersebut baru sahaja dimuat naik semalam (22 November), sebanyak 1.3 juta tontonan telah berjaya diraih setakat artikel ini ditulis.

Boleh klik di sini untuk lihat video penuh.

Tak ambil vaksin sebab ada alahan ubat-ubatan hospital

Melalui satu video lain yang dimuat naik di TikTok, guru tersebut menjelaskan alasan sebenar dia tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Menurutnya, dia mempunyai alahan terhadap ubat-ubatan hospital dan mendakwa doktor juga menasihatkan dirinya untuk tidak mengambil suntikan vaksin atas faktor kesihatan.

Oleh disebabkan tidak tahan panas berada di bilik stor yang tidak cukup kelengkapan, guru ini mengambil keputusan untuk buat kerja di dalam kereta sahaja.

Nak dengar penjelasan penuh? Boleh lihat di sini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd