Now Reading
Trend Pacak Khemah & Lepak Dekat Parkir Di Genting Highlands Undang Kemarahan

Trend Pacak Khemah & Lepak Dekat Parkir Di Genting Highlands Undang Kemarahan

Trend pacak khemah dan melayan kopi segera tepi jalan di Genting Highlands pula dah. Aneh-aneh youngsters zaman sekarang ni.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Berikutan kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan daripada Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika ini, rakyat Malaysia dilihat menggunakan kebebasan tersebut dengan sepenuhnya.

Malah, beberapa lokasi hangat di Lembah Klang pada ketika ini sering dibanjiri oleh lautan manusia.

Sampaikan nak cari parking pun susah.

Youngsters suka ikut trend di TikTok

Tidak dinafikan, anak-anak muda zaman sekarang ini dilihat lebih suka mengikuti segala jenis trend yang dikeluarkan sebagai konten di laman sosial.

Terutamanya, TikTok.

Antara aplikasi terpaling popular sehinggakan segala konten yang ada, mereka akan cuba untuk ikuti. Bahaya atau tidak, ditolak tepi.

Kredit: Jaap Arriens/NurPhoto menerusi Getty Images.

Pendek kata, nak mengikuti ‘trendsetter’ kononnya.

Pacak khemah pula dah

Terbaharu, antara ‘trend’ yang mula tular di TikTok adalah aktiviti berkumpul dan memacak khemah sambil sambil menikmati kopi segera dekat kawasan parkir di Genting Highlands.

Ada juga yang ‘park’ khemah berdekatan dengan stesen minyak Petron.

Paling tak boleh tahan, siap masak mi segera!

Macam-macam perangai.

@_dattebayo8 #gentinghighlands ♬ bunyi asal – Mhd Aizzat

Nak feeling-feeling sejuk agaknya di Genting Highlands tu.

Tapi janganlah sampai keluar perangai pelik dan membahayakan sebegini.

@nhztulhnim Borak, maggie & mengopi #gentinghighlands #friends #weekendvibes ♬ Viva La Vida – Coldplay

Sejujurnya, ini kali pertama kami melihat perkara seperti ini berlaku. Tak pernah pula dibuat orang sampai pacak khemah di tempat awam macam ini.

Orang lain nak lalu-lalang pun sukar.

Netizen bengang

Hal ini turut mendapat perhatian segelintir netizen yang tidak berpuas hati dengan kelakuan sesentengah pihak yang disifatkan sebagai ‘merosakkan’ sesuatu perkara.

Contohnya, kebebasan yang dimiliki sekarang mungkin akan ditarik balik jika terlalu lalai dan tidak mengikuti SOP yang ditetapkan.

Nak ke terkurung semula?

BACA JUGA: Kelonggaran Boleh Hilang Sekelip Mata Jika Rakyat Lalai – Agong

Kredit: TikTok/nhztulhnim
Kredit: TikTok/nhztulhnim
Kredit: TikTok/nhztulhnim
Kredit: TikTok/nhztulhnim

PSA: Kalau boleh cuba elakkan untuk mengikuti segala trend di TikTok sebab tak semuanya boleh dilakukan di tempat awam seperti ini.

Pastikan sentiasa berwaspada dan tidak membahayakan diri atau orang lain ketika melakukan sesuatu perkara. Okay adik-adik semua? 😉

BACA JUGA: Hotel Bawah RM500 Di Genting Highlands Untuk Percutian Pendek


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd