Now Reading
Suami Tangguh Ceraikan Isteri, Siap Boleh Pergi Umrah Dulu

Suami Tangguh Ceraikan Isteri, Siap Boleh Pergi Umrah Dulu

Pengasas Elrah Exclusive iaitu El Azman sempat mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah dahulu walaupun isterinya, Nur Amirah sedang berusaha meminta cerai.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Setiap perkahwinan pasti akan ada dugaan masing-masing. Ada yang diuji dengan kehadiran ‘orang ketiga’, masalah keluarga mentua, harta dan sebagainya.

Baru-baru ini, kemelut rumah tangga melibatkan seorang usahawan wanita iaitu Nur Amirah serta suaminya El Azman mencuri perhatian netizen di media sosial.

Kisah mereka menjadi tular apabila Amirah meluahkan perasaannya yang sudah lama dipendam melalui beberapa posting di IG Story.

Menurutnya, dia sudah lama memohon cerai daripada suaminya dan ingin memulakan hidup baharu. Namun, permintaannya ditangguhkan sehingga kini.

Sebelum ini, usahawan wanita itu juga berkongsi cerita bahawa suaminya sudah membuang nama Amirah sebagai salah seorang pemegang saham dalam perniagaan pakaian jenama Elrah Exclusive.

Apa yang lebih mengejutkan, tindakan suaminya itu telah dilakukan sejak tiga tahun lepas dan Amirah baru sahaja mengetahui tentang perkara itu baru-baru ini.

Disebabkan itu, Amirah menyarankan supaya membuang perkataan ‘RAH’ yang dipercayai singkatan namanya bagi jenama perniagaan tersebut.

Kredit: Instagram @nuramirah11

El Azman sempat pergi tunaikan umrah dulu

Ketika sedang berada dalam kemelut rumah tangga, El Azman dilihat sempat menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah terlebih dahulu.

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh lelaki tersebut melalui video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

Berikutan itu, Amirah tidak ketinggalan memberi ucapan ringkas kepada suaminya yang ingin mengerjakan ibadah umrah.

Kredit: Instagram @nuramirah11

Netizen punya komen boleh tahan pedas ya!

Di ruangan komen video yang dimuat naik oleh El Azman, rata-rata netizen memberi teguran ‘pedas’ kepada lelaki tersebut untuk segera menyelesaikan masalah bersama isterinya.

Tidak ketinggalan, ada juga yang memberi nasihat agar dia diberi petunjuk oleh Allah ketika mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.

Kredit: TikTok @elazman
Kredit: TikTok @elazman
Kredit: TikTok @elazman

Kami doakan semoga masalah rumah tangga Amirah dan El Azman dapat diselesaikan dengan segera.


Elrah Exclusive

Elrah Exclusive adalah jenama pakaian yang menjual Baju Melayu dan Kurta untuk kaum lelaki dengan gaya moden mengikut trend terkini.

Perniagaan ini pada awalnya diusahakan oleh pasangan suami isteri Nur Amirah serta Muhd Hilmi Che Azman atau lebih dikenali sebagai El Azman.

Sejak Elrah Exclusive beroperasi, banyak kolaborasi telah dilakukan bersama artis tempatan seperti Hafiz Hamidun dan Wak Doyok.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd