Now Reading
Peniaga Siakap Viral Bakal Dihadap Ke Mahkamah Lepas Gagal Tunjuk Dokumen

Peniaga Siakap Viral Bakal Dihadap Ke Mahkamah Lepas Gagal Tunjuk Dokumen

Peniaga restoran tersebut gagal menyerahkan dokumen yang berkaitan dalam tempoh ditetapkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seorang peniaga di Langkawi, Kedah yang terkenal pada awal bulan lalu akibat menjual harga siakap dengan harga lebih RM1,000 bakal berdepan tindakan.

Kosmo melaporkan peniaga tersebut akan didakwa mengikut Seksyen 53 (A) Akta Kawalan Harta dan Antipencatutan 2011 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau kompaun RM25,000 jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid memberitahu bahawa peniaga berkenaan gagal mengemukakan dokumen perniagaan lengkap yang diperlukan oleh kementeriannya dalam tempoh ditetapkan.

Beliau memaklumkan peniaga itu telah memberi kerjasama yang baik kepada Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Malangnya, mereka gagal memenuhi arahan untuk menghantar dokumen perniagaan yang lengkap dan terperinci sehingga 17 November.

Sebelum ini, tempoh penghantaran dokumen terperinci berkenaan telah dilanjutkan bagi membolehkan peniaga tersebut membetulkan kesilapan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid.

Kertas siasatan telah dibuka dan akan dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut, kata Rosol ketika ditemui di Taman Pengeluaran Makanan Peradong, Manir di Kuala Terengganu semalam (21 November).

Rosol berkata tindakan itu dikenakan berikutan kegagalan peniaga menyelenggara serta menyimpan rekod dengan baik.

Di mana segalanya bermula

Semuanya bermula apabila seorang pengguna Facebook Muhamad Faris Zulkarnain berkongsi kisah bagaimana dia bersama rakan dan keluarga sepatutnya menikmati makanan laut di sebuah kedai makan tempatan di Langkawi – memperoleh jumlah bil sebanyak RM1,855.20.

BACA JUGA: Family Paid Almost RM2K For 1 ‘Ikan Siakap’ At Langkawi Floating Restaurant

Kemudian, satu lagi posting di Facebook yang didakwa dimuat naik oleh restoran terapung Sas Rimba.

Tidak lama selepas itu, pihak berkuasa mula menyiasat perniagaan yang meragukan ini.

BACA JUGA: KPDNHEP Investigates Langkawi Floating Restaurant That Charged RM1,196.80 For ‘Ikan Siakap’

KPDNHEP juga mula menjalankan pemeriksaan di restoran dan kedai makan bagi mengelakkan manipulasi harga di bawah Ops Menu.

Operasi itu bertujuan untuk menghalang peniaga yang tidak bertanggungjawab memanipulasi harga makanan dan berat produk makanan tersebut.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd