Now Reading
Pelanggan Enggan Bayar Penuh Bil Servis Kereta Buat Ramai Bengang

Pelanggan Enggan Bayar Penuh Bil Servis Kereta Buat Ramai Bengang

Pihak bengkel mengurangkan harga kepada RM400 sahaja tetapi yang dihulur oleh pelanggan tersebut cuma RM350.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kes pelanggan tak mahu buat pembayaran penuh ni boleh kata selalu jugalah terjadi.

Majoriti kes seperti ini berlaku disebabkan salah faham. Mungkin pelanggan tidak berapa jelas ketika pihak peniaga memberi penerangan tentang harga.

Seperti kejadian baru-baru ini, ada seorang pelanggan di kedai makan telah salah faham tentang harga menu ikan siakap yang dipesan. Harga hidangan tersebut melebihi RM1,000, siapa je yang tak terkejut kan?

BACA JUGA: Pelanggan Terkejut Harga Ikan Siakap Di Langkawi Berharga RM1,196.80

Peniaga bengang pelanggan kata caj servis kereta terlalu mahal

Kejadian yang hampir sama seperti kes ikan siakap berlaku lagi apabila seorang peniaga berkongsi satu kisah melalui Facebook SEIN Aircond & Accessories.

Kisahnya bermula apabila pelanggan berkenaan pada awalnya bersetuju dengan harga yang ditawarkan oleh pihak bengkel untuk menyelenggara keretanya.

Jumlah keseluruhan adalah RM480.

Namun, apabila kereta sudah siap diservis, pelanggan itu meminta harga tersebut dikurangkan dan mengugut untuk tidak mahu membayar kerana katanya jumlah keseluruhan terlalu mahal.

Oleh disebabkan itu, pihak bengkel sanggup mengurangkan harga kepada RM400 sahaja tetapi yang dihulur oleh pelanggan tersebut cuma RM350.

Alamak, tak cukup lagi RM50 tu.

Berikutan itu, pihak bengkel berkenaan ingin mengambil tindakan undang-undang kepada pelanggan tersebut kerana telah memburukkan imej perniagaannya di media sosial.

Ramai komen kereta mahal tapi tak mampu bayar harga servis

Di ruangan komen, kami mendapati ramai netizen yang tidak bersetuju dengan perbuatan pelanggan tersebut.

Kebanyakannya memandang rendah kepada individu berkenaan kerana tidak mampu membuat bayaran penuh caj servis kereta walaupun menggunakan kereta mahal.

Kredit: Facebook SEIN Aircond & Accessories
Kredit: Facebook SEIN Aircond & Accessories
Kredit: Facebook SEIN Aircond & Accessories

Walaupun ada salah faham yang berlaku, kedua-dua pihak kena bertolak ansur. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

Sebaiknya, janganlah memburukkan nama masing-masing dekat media sosial.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd