Now Reading
[Video] Gelagat Budak Tahan Tepi Jalan Buat Ramai Berdekah. Terhibur Betul!

[Video] Gelagat Budak Tahan Tepi Jalan Buat Ramai Berdekah. Terhibur Betul!

Macam roadblock betul-betul tu siap tanya ada lesen ke tidak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Zaman kanak-kanak adalah waktu yang paling best. Tak fikir masalah langsung. Tahu nak main je.

Kanak-kanak ni ada pelbagai perangai.

Ada yang jenis kuat meragam, nakal, peramah dan sebagainya.

Kadang-kadang tu letih jugalah nak melayan mereka. Nak tak nak memang kena banyak bersabar.

BACA JUGA: [Video] Anak Gaduh Rebut Telefon, Polis Datang ‘Nasihat’. Ala, Comel Je!

Tahan tepi jalan konon nak tengok lesen

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @matrok_sintok, dia berkongsi pengalaman menghiburkan ketika ditahan oleh polis ‘kecil’.

Dalam video tersebut, dia dan rakannya sedang menaiki motosikal dan ingin melalui jalan di kawasan kampung tersebut.

Namun, ada beberapa orang kanak-kanak bersama basikal mereka membuat ‘roadblock’ di tengah jalan.

Ketika tiba berhampiran dengan mereka, seorang budak lelaki menahan dan bertanya sama ada penunggang motosikal itu membuat lesen atau tidak.

Sambil bertanya, dia sempat mengalihkan basikalnya ke tepi untuk membuka laluan sebelum memberi kebenaran penunggang motosikal untuk bergerak walaupun katanya tak ada lesen.

Yang menghiburkan juga adalah apabila salah seorang rakan mereka dilihat sedang memegang seekor anak monyet dengan selambanya secara terbalik.

Kredit: TikTok @matrok_sintok

Dia ingat tu kucing ke?

https://www.tiktok.com/@matrok_sintok/video/7027712560535260442?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8m7G1xZRpCV6qOllY9UuqkU%2Bp%2FzGVpgoN3UgdbnoEtl3TQX8773ld1wQVtFiYUXlUbrzfX0lvfPciaFMkGgA%3D&language=en&mid=7027712540289354522&preview_pb=0&region=MY&share_app_name=tiktok&share_item_id=7027712560535260442&source=h5_t&timestamp=1637303477&u_code=dbg7j3706lab9c&user_id=6809102996343342081&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1

Aduh, terhibur betul tengok mereka semua ni.

Gelagat budak-budak tu buat ramai teringat kenangan waktu zaman kecil

Video tersebut sememangnya menghiburkan ramai warganet sehingga mengingatkan semula mereka kenangan pada waktu zaman kecil dahulu.

Bukan itu je, ramai juga yang kesian tengok anak monyet itu dipegang macam seekor kucing.

Memang berdekah tengok mereka semua ni.

Kredit: TikTok @matrok_sintok
Kredit: TikTok @matrok_sintok

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd