Now Reading
Myvi Dipandu Lawan Arus, Warga Emas 74 Tahun Ditahan

Myvi Dipandu Lawan Arus, Warga Emas 74 Tahun Ditahan

Kereta Perodua Myvi berwarna merah dipandu secara melawan arus di KM 140, Jalan Kuala Terengganu – Kuantan berhampiran Kampung Bukit Kuang, Kemaman baru-baru ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak kebelakangan ini, pelbagai kes pelik terjadi melibatkan kereta Perodua Myvi, atau lebih dikenali sebagai ‘King of The Road’.

Terdahulu, ada juga kes di mana kereta ini dilihat meredah hutan berliku untuk ke kebun durian, ada juga kes viral melibatkan individu wanita yang ‘terjun’ dari sebuah Myvi di Shah Alam, dan baru-baru ini viral Myvi selamba tarik lori rosak di belakang kereta.

Kadang-kadang, tak masuk akal. Tak kisahlah Myvi jenis keluaran terdahulu, mahupun Myvi keluaran terbaharu, lain macam betul pemandu-pemandu Myvi ini.


Myvi lawan arus

Berlaku di KM 140, Jalan Kuala Terengganu – Kuantan berhampiran Kampung Bukit Kuang, Kemaman, sebuah kereta Perodua Myvi dilaporkan telah dipandu secara melawan arus.

Pemandu yang terlibat adalah warga emas berusia 74 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata lelaki berusia 74 tahun yang beralamat di Pahang tersebut telah ditahan.

Suspek merupakan bekas pemandu lori.

Rakaman video berdurasi 6 saat Perodua Myvi bewarna merah yang dipandu secara melawan arus kini tular di Facebook.


Masalah penglihatan

Pihak polis menjelaskan bahawa suspek yang memandu kenderaan anaknya hanya menyedari dia memandu secara melawan arus setelah diberi isyarat lampu tinggi oleh kenderaan dari arah hadapan.

Gambar sekadar hiasan.
(Kredit: LiveAbout)

Suspek kemudiannya memberhentikan kenderaan yang dipandu secara perlahan di tepi pembahagi jalan dan dibantu pengguna jalan raya lain untuk memandu mengikut laluan yang betul.

Memetik laporan, suspek dibawa ke Hospital Kemaman di sini untuk pemeriksaan kesihatan dan doktor mengesahkan suspek menghidap masalah penglihatan.

Pihak polis menjelaskan kes ini disiasat dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000 jika disabitkan kesalahan.

Kes juga disiasat dibawah Seksyen 30 (4) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd