Hotel Di Singapura Jual Nasi Semangkuk RM25. Tak Masuk Akal!
Video resit menunjukkan setiap mangkuk berharga S$8.00 (MYR 24.64) setiap satu. Ditambah pula S$3.00 (RM9.24) untuk caj perkhidmatan dan cukai.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Sejak kebelakangan ini, banyak juga kes di mana orang ramai berhadapan dengan harga makanan yang tidak masuk akal. Harga yang sepatutnya mampu milik, terus menjadi luar biasa.
Nak bayar pun menggigil.
Sebagai contoh, kes di Langkawi di mana pelanggan dikejutkan dengan harga ikan siakap berharga RM1,196.80 dan juga harga bil makan di restoran Salt Bae di London mencecah RM210,000!
Cekik darah oi!
BACA LANJUT: Pelanggan Terkejut Bil Makan Di Restoran Salt Bae Cecah RM210,000. Cekik Darah!
Isu sama timbul di Singapura
Belum tamat di situ sahaja, kali ini sebuah hotel di Singapura mula menerima kecaman akibat menjual nasi semangkuk dengan harga yang melampau dan tidak masuk akal.
Isu ini dibongkarkan oleh seorang pengguna TikTok yang dipercayai menginap di Hotel Marina Bay Sands, Singapura.
Dia menerima bil hampir S$19.00 (MYR 58.53) selepas memesan dua nasi mangkuk kecil.
Video resit menunjukkan setiap mangkuk berharga S$8.00 (MYR 24.64) setiap satu. Ditambah pula S$3.00 (RM9.24) untuk caj perkhidmatan dan cukai.
“Semangkuk kecil nasi putih yang terpaling mahal,” tulisnya.
@richlife1688 Most expensive small bowl of white rice
♬ You Know Who Is My Father? – 黃明志
Kalau di Malaysia, RM25 tu boleh beli seguni beras.
Netizen tergamam
Isu ini tidak dinafikan begitu menarik perhatian ramai yang masih terkejut dengan harga nasi tersebut.
Ada juga yang mempersoalkan kalau buang air besar, keluar emas ke? Malah, pelbagai reaksi dan komen ditinggalkan netizen susulan tularnya video ini.



Biasanya kalau di luar negara, takut nak order makanan yang pelik-pelik. Nanti harga melampau. Tapi sebenarnya semangkuk kecil nasi pun mahal rupanya.
Nota: Berbelanja dengan bijak, okay? 😀
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.