Now Reading
Ejen Cari Jodoh Dibelasah Penjawat Awam Gara-gara Masih Tak Jumpa Jodoh

Ejen Cari Jodoh Dibelasah Penjawat Awam Gara-gara Masih Tak Jumpa Jodoh

Lelaki berusia 35 tahun itu bengang kerana masih tidak berjumpa dengan pasangan hidup walaupun sudah bayar RM2,500 kepada ejen cari jodoh.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Ada sesetengah orang mungkin belum ada rezeki untuk berkahwin sebab katanya masih tak jumpa calon yang sesuai.

Desakan masyarakat sekeliling juga boleh membuatkan individu agak stress sehingga mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan pasangan.

Zaman sekarang ni macam-macam cara ada seperti aplikasi cari jodoh dan juga penggunaan ejen.

Bila sebut pasal ejen cari jodoh, ada satu kisah yang tular tentang golongan tersebut baru-baru ini.

Lelaki bengang tak dapat jodoh lagi lepas tunggu enam bulan

Rakaman CCTV yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki bekerja sebagai penjawat awam dipercayai membelasah seorang wanita yang merupakan ejen cari jodoh.

Lelaki berusia 35 tahun itu dikatakan sanggup pergi ke pejabat mangsa di Chan Sow Lin sebelum membawa wanita itu masuk ke lif untuk dibelasah.

Kes tersebut didakwa berlaku kerana lelaki tersebut bengang kerana masih tidak mendapat calon pasangan meskipun sudah membayar RM2,500 di laman web mencari jodoh.

Bukan itu sahaja, lelaki itu juga sudah menunggu hampir enam bulan untuk memberi masa kepada ejen berkenaan mencari jodoh untuknya.

Mangsa dibawa ke hospital akibat pendarahan

Memetik laporan, mangsa mengadu bahawa dia dipukul berkali-kali oleh lelaki berkenaan menggunakan tangan sehingga mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) untuk menerima rawatan lanjut.

Suspek ditahan oleh pihak polis

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar memaklumkan siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku disebabkan oleh perselisihan faham antara mangsa dan pesalah.

Pihak polis telah mengenal pasti suspek dan akan dipanggil untuk memberi keterangan.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaaan di bawah Akta 574 kerana telah mendatang kecederaan.

Jika didapati bersalah, suspek boleh dikenakan penjara tidak melebihi satu tahun, denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd