Now Reading
Projek Arab City, Melaka Dipersoal Oleh Rakyat Selepas Terbengkalai Sejak 2012

Projek Arab City, Melaka Dipersoal Oleh Rakyat Selepas Terbengkalai Sejak 2012

Projek Arab City ini mula dijalankan sejak tahun 2009 ketika Melaka berada di bawah pemerintahan Tun Mohd Ali Rustam sebagai Ketua Menteri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Mungkin ramai yang tidak tahu tentang projek Arab City di Melaka.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @azrulazimi membuat kajian tentang projek berkenaan yang pernah disebut oleh akaun Twitter @LagaCawan.

Untuk pengetahuan anda, projek Arab City ini mula dijalankan sejak tahun 2009 ketika Melaka berada di bawah pemerintahan Tun Mohd Ali Rustam sebagai Ketua Menteri Menteri.

Projek yang bernilai sekitar RM1.2 bilion itu sepatutnya siap pada tahun 2012 tetapi gagal.

BACA JUGA: Forest City Johor Raih Tempat Sebagai Salah Satu Projek Mega Paling ‘Tak Berguna’ Di Dunia

Kredit: Twitter @azrulazimi

Pada asalnya, projek ini ingin dibuat di Jalan Ampang, KL. Namun, terdapat beberapa masalah serta menerima tawaran daripada Ketua Menteri Melaka pada ketika itu.

Tawaran tersebut menyebabkan lokasi projek berpindah ke Melaka untuk menarik lebih ramai pelancong dari Arab Saudi.

Kredit: Twitter @azrulazimi

Projek Arab City meliputi tiga fasa

Golden Corporate Heritage Sdn Bhd dengan kerjasama kerajaan Melaka telah membangunkan projek ini dengan meliputi tiga kawasan di daerah Melaka.

Kredit: Twitter @azrulazimi

Projek ini juga terdiri daripada tiga fasa seperti berikut:

Kredit: Twitter @azrulazimi

Walaupun Arab City telah siap 60% pada tahun 2013, namun projek ini telah terbengkalai meskipun sepatutnya siap pada tahun 2012.

Bukan itu sahaja, sebanyak RM 240 juta telah pun dibayar ketika menyiapkan projek berkenaan.

Punca sebenar projek tersebut gagal disiapkan masih tidak diketahui sehingga kini.

Kredit: Twitter @azrulazimi

Ingin membangunkan Pulau Melaka sebagai Pusat Maritim dan Projek Melaka Gateway

Pada tahun 2016, Datuk Seri Najib Razak dan Big Brother China pula masuk ke Melaka untuk membangunkan Pulau Melaka sebagai Pusat Maritim.

Ada juga ura-ura mengatakan bahawa projek Arab City ingin diambil alih semula menurut Datuk Seri Idris Haron, tetapi masih tiada perkhabaran sehingga kini.

Kredit: Twitter @azrulazimi

Bukan itu sahaja, kerajaan juga ingin membangunkan Projek Melaka Gateway yang dijangka siap pada tahun 2025 tetapi telah diberhentikan semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.

Selepas rundingan, projek yang menelan RM700 juta ini disambung semula sehingga 2020 sebelum diberhentikan semula sekali lagi.

Kredit: Twitter @azrulazimi

Pelbagai projek yang diberhentikan ini dianggap beberapa kesilapan oleh pihak kerajaan dalam pentadbiran terdahulu.

Kredit: Twitter @azrulazimi

Netizen persoal projek yang ingin dibangunkan oleh kerajaan

Hasil tinjauan kami mendapati rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan sikap kerajaan yang sesuka hati ingin membatalkan projek yang sudah merugikan sejumlah wang yang banyak.

Senaang kata, ramai jugalah yang tak berapa setuju dengan projek tersebut.

Kredit: Twitter @azrulazimi
Kredit: Twitter @azrulazimi

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd