Now Reading
[Video] Bapa Sanggup Tunggu Anak Depan Pejabat Setiap Hari Untuk Makan Bersama

[Video] Bapa Sanggup Tunggu Anak Depan Pejabat Setiap Hari Untuk Makan Bersama

Video pendek, tapi mesej tersirat di sebaliknya sangat bermakna.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bapa merupakan cinta pertama setiap anak perempuan.

Walaupun seringkali ada sesetengah perkara yang sukar atau tidak ditunjuk, namun percayalah bahawa setiap bapa sebenarnya kisah dan peduli tentang setiap anaknya.

Cuma kadang-kadang tu, bapa ini disifatkan lebih tegas dan sukar untuk meluahkan perasaan.

Bapa sanggup tunggu depan pejabat

Baru-baru ini satu perkongsian video di TikTok oleh pengguna Wahida telah meraih perhatian orang ramai apabila rakaman tersebut menunjukkan ayahnya sedang menunggu waktu makan tengah hari untuk makan bersamanya.

Paling sweet, hampir setiap hari ayahnya akan setia menunggu.

Video tersebut setakat ini telah berjaya meraih 1 juta tontonan ketika artikel ini ditulis.

Tonton penuh di bawah:

@triplea201911

hari2 tanpa jemu abah tunggu kat office nak lunch skali❤️

♬ Beta Janji Beta Jaga (Janji Putih) [Short Ver] – Arvian Dwi

Video memang pendek dan nampak simple, tapi mesej tersirat di sebalik video ini sangatlah bermakna.

Salah satunya adalah untuk setiap orang hargai momen dan masa bersama keluarga tercinta.

Mana tidaknya, ibu bapa akan semakin berumur, dan kita pula akan semakin sibuk dengan kerja dan dunia masing-masing setelah meningkat dewasa.

Warganet turut beri komen positif

Perkara seperti ini selalunya mudah untuk mendapat reaksi positif daripada netizen. Tinjauan di ruangan komen video tersebut menunjukkan betapa orang ramai tersentuh dengan konteks yang cuba disampaikan.

Malah, ramai juga mendoakan agar ayahnya itu sentiasa sihat walafiat.

P/S: I’m not crying, you are. :’)


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd