Now Reading
Trendsetter “Mana-mana Rancak Berdosa” Perjelas Ungkapan Popular Di TikTok

Trendsetter “Mana-mana Rancak Berdosa” Perjelas Ungkapan Popular Di TikTok

Ahmad Saffuan turut menyatakan bahawa dia tidak akan mengambil hak cipta frasa
tersebut sebagai miliknya kerana menghormati pemilik sebenar frasa itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


“Hari ini rancak, di sini rancak, di sana rancak berdosa”.

Ungkapan ini rasanya dah melekat dalam kepala semua orang. Pasti ramai terngiang-ngiang suara lelaki yang tengah trending di TikTok ini.

Buka je TikTok, mesti ramai yang menggunakan latar belakang suara lelaki ini walaupun video tiada kena mengena pun.

Trend ungkapan itu juga pernah digunakan oleh seorang selebriti di dalam program Maharaja Lawak Mega 2021.

Boleh dikatakan hampir satu Malaysia dah kenal dengan ungkapan ini.

Pemula trend ini beri penjelasan di sebalik ungkapan popular itu

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh @ahmadsaffuan86 yang merupakan pemula trend ini, dia memberi penjelasan sebenar di sebalik ungkapan popular “Hari ini rancak, di sini rancak, di sana rancak berdosa”.

Menurut lelaki itu, dia pertama kali mendengar ungkapan tersebut ketika disebut-sebut oleh rakannya sewaktu bermain badminton.

Sebenarnya, ungkapan tersebut disebut terlebih dahulu oleh seorang penggemar motorsikal di TikTok.

Namun, konten yang dibuat oleh individu tersebut kurang menarik serta tidak membawa sebarang maksud dan hanya untuk suka-suka sahaja.

Disebabkan Ahmad Saffuan merasakan ungkapan tersebut sangat menarik, jadi dia bertindak untuk membuat konten dengan cara tersendiri menggunakan frasa itu.

Ahmad Saffuan turut menyatakan bahawa dia tidak akan mengambil hak cipta frasa tersebut sebagai miliknya kerana menghormati pemilik sebenar frasa itu.

Dia juga sempat meminta maaf kepada pemilik ungkapan tersebut.

Boleh lihat video penuh di sini.

Netizen puji Ahmad Saffuan tak ambil hak cipta orang lain

Walaupun baru sehari video penjelasan itu dimuat naik, lebih 3.7 juta tontonan telah berjaya diraih di TikTok.

Rata-rata orang ramai memuji tindakannya yang tidak mengambil hak cipta orang lain untuk dijadikan kepunyaan dirinya.

Kredit: TikTok @ahmadsaffuan86
Kredit: TikTok @ahmadsaffuan86

Memang respect la dekat dia ni. Walaupun dah dikenali satu Malaysia, tapi tetap berdiri pada perkara yang betul.

“Mana-mana rancak, berdosa”.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd