Ipoh Bakal Bina LRT, Netizen Mula Terkesima
Transit Aliran Ringan (LRT) di bandar raya ini sebagai usaha mengatasi masalah kesesakan dan menambah baik kemudahan awam pada masa hadapan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Baru-baru ini telah diumumkan bahawa negeri Ipoh bakal mempunyai perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) sendiri.
Ianya adalah sebagai usaha mengatasi masalah kesesakan dan menambah baik kemudahan awam pada masa hadapan.
Kekerapan perkhidmatan yang dijanjikan selama enam minit, dengan dua laluan 16 stesen masing-masing meliputi panjang keseluruhan 58 kilometer itu sudah mula dipersoalkan oleh orang ramai.
Projek itu pada dasarnya meliputi Pusat Bandar Ipoh dan pinggir bandar di sekitarnya.
Rakyat Ipoh tak teruja
Seorang pengguna Facebook, WJ Wong mempersoalkan tanda harga projek itu.
Dia berkata projek itu berkemungkinan mengalami perubahan yang tidak dijangka dalam bajet sedia ada dan akhirnya meningkatkan jumlah kos projek.
Steven Lee, Perunding dan Penilai Pengurusan Projek Hijau (GPM), berkata keadaan geologi di Ipoh mungkin tidak sesuai untuk terowong dan penggalian bawah tanah.
Batu karang Ipoh berada pada aras tanah. Hanya Kompleks Yik Foong mempunyai dua tingkat tempat letak kereta bawah tanah dan ini kerana mereka mengekstrak bijih timah. Bangunan lain mempunyai tempat letak kereta bawah tanah atau tempat letak kereta di atas tanah. Untuk membina terowong di bawah Ipoh akan memakan kos yang sangat mahal.
Steven Lee, Perunding dan Penilai Pengurusan Projek Hijau (GPM)

(Kredit: Facebook)
Projek itu bagaimanapun tidak menyatakan sama ada ia akan melibatkan pembinaan bawah tanah.
Terdapat juga rakyat bimbang jika terdapat permintaan yang mencukupi atau tidak untuk pengangkutan itu memulihkan kembali kos, terutamanya untuk bandar yang besar dan meluas seperti Ipoh.
Pengguna Facebook HY Takada berkata adalah sukar untuk menghalang orang ramai daripada menggunakan kereta dan motosikal di Ipoh.
Kesemua tempat berada sejauh 20 minit pemanduan dan lebih mudah untuk menggunakan kereta daripada memandu ke stesen / meletakkan kereta / jalan ke kereta api dan melakukan proses sama apabila selesai tugasan di bandar.
Pengguna Facebook, HY Takada.
Sesetengah penduduk Ipoh juga menentang projek itu kerana ia mungkin menembusi landskap indah bukit batu kapur di bandar ini.
Orang ramai juga melahirkan kebimbangan bahawa rasuah dan pembaziran amat berleluasa dalam projek besar dan luar biasa di mana kerajaan adalah pelanggan/pemilik.

Namun, ada juga yang sokong
Dr Ho Tak Ming dari Persatuan Warisan Perak memberitahu kepada The Rakyat Post bahawa projek itu, walaupun memerlukan sumber awam, adalah satu keperluan.
Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan dengan betul, tegasnya.
Pengangkutan awam menyumbang kepada persekitaran yang lebih sihat dengan meningkatkan kualiti udara dan mengurangkan penggunaan minyak. Tambahan pula, infrastruktur Ipoh – pernah menjadi pusat salah satu komuniti perlombongan bijih timah terbesar di dunia – kekal sama selama 40 tahun sejak industri bijih timah runtuh pada akhir 1980-an.
Dr Ho Tak Ming kepada TRP.

(Kredit: Majlis Bandaraya Ipoh)
Masih belum jadi kenyataan
Pembinaan sistem pengangkutan LRT yang diumumkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) baru-baru ini adalah sebahagian daripada Draf Rancangan Tempatan Bandaraya Ipoh 2035 (Penggantian).
Laluan yang dicadangkan adalah Meru Raya-Ipoh-Batu Gajah (30km) dan Bandar Sunway-Ipoh-Simpang Pulai (28km) dan kekerapan perkhidmatan ialah enam minit.
Stesen yang dirancang untuk laluan pertama adalah di Meru Raya, Jelapang, Manjoi, Silibin, Medan Kidd, Stesen-stesen Utama, UTC Ipoh, Pasir Puteh, Pasir Pinji, Falim, Menglembu, Pengkalan, Stesen 18, Lahat, Batu Gajah Perdana dan Batu Gajah.
Bagi laluan kedua pula, stesen yang dirancang adalah di Bandar Sunway, Tambun, Ipoh Garden, Stadium, Hospital, Medan Raya kemudian melalui stesen utama dan ke stesen Maju Rapat, Medan Gopeng, Gunung Rapat, Taman Chempaka, Ampang dan Simpang Pulai.
Netizen menyuarakan harapan bahawa ia akan turut meliputi bandar satelit jiran seperti Menglembu, Lahat, Batu Gajah, Gopeng dan Chemor dengan pangkalan perindustrian mereka.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.