[Video] Pihak Bomba Perjelas Kejadian Burung Helang ‘Terapung’ Di Langit
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor memaklumkan burung yang tergantung di langit itu sebenarnya tersangkut pada seutas tali tangsi layang-layang.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Rasanya semua orang dah biasa tengok burung terbang di langit, betul tak? Tak ada apa yang pelik sangat pun.
Tapi, pernah tak anda tengok mana-mana objek yang tidak bergerak atau statik di atas langit?
Dekat langit bukannya ada halangan seperti di darat kan? Misteri juga kalau ada objek statik di langit.
Burung terapung di awangan
Nak tahu apa yang lagi misteri? Baru-baru ini ada seekor burung tergantung di langit dan kejadian itu sempat dirakam oleh orang awam di kawasan berdekatan.
Tapi, siapa sangka rupa-rupanya itu adalah seekor burung helang.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @jnmalaysia di Twitter, burung yang agak besar itu dilihat seakan-akan terapung dan statik.
Nak tanya @bombaJBPM , balai mana respond kes nie? Apa kesudahan kes nie? Anyone know? Share² retek sini. pic.twitter.com/ie1kjbemPI
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) November 14, 2021
Laporan media memaklumkan kejadian tersebut berlaku berhampiran dengan MRT Damansara.
Bomba datang menyelamatkan dan beri penjelasan sebenar tentang kejadian
Di dalam video yang tular itu menunjukkan dua orang anggota bomba sedang berdiri di atas jentera bomba sambil memegang sebatang kayu untuk menyelamatkan burung tersebut.
Proses menyelamat membuatkan ramai orang berkumpul untuk melihat kejadian pelik itu sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, burung tersebut sebenarnya telah tersangkut pada seutas tali tangsi layang-layang.
Dalam kejadian tersebut, seekor burung helang telah tersangkut pada seutas tali tangsi layang-layang. Namun, haiwan berkenaan telah berjaya melepaskan diri dan terbang pergi
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor.
Kejadian pelik itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen
Hasil tinjauan di posting video tersebut mendapati rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi terhadap kejadian tersebut.
Ada yang kaitkan dengan iluminati dan bagi cadangan suruh pakai tangga bomba untuk selamatkan burung tersebut.
Macam-macam ye semua.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.