Now Reading
Dua Orang Wanita Cina Hafal Lagu Melayu 80an. Siap Nyanyi Dengan Semangat!

Dua Orang Wanita Cina Hafal Lagu Melayu 80an. Siap Nyanyi Dengan Semangat!

Dua orang wanita berbangsa Cina itu dengan penuh bersemangat menyanyikan lagu Hanya Sekali oleh Ideal Sisters di sebuah pusat membeli-belah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kalau dengar balik lagu lama zaman-zaman dulu, memang mengimbau kenangan. Mesti ramai yang teringat kenangan waktu muda ketika bercinta dan baru belajar erti kehidupan.

Itu tak kira lagi waktu putus cinta. Memang syahdu lebih-lebih lagi sambil dengar lagu Bukan Aku Tak Cinta yang dinyanyikan oleh Iklim.

Kalau pergi karaoke pula, memang feeling lain macam bila menyanyi lagu-lagu 80an seperti Bila Diri Disayangi oleh Ukays dan Gugurnya Bunga Cinta oleh Laksamana.

Walaupun lagu-lagu ini sudah lama, tetapi boleh dikatakan masih ‘evergreen’ sehingga kini.

Dua orang wanita Cina ini pun layan lagu Melayu 80an

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di TikTok oleh @en_goldmaster3185, dia sempat merakam gelagat dua orang wanita berbangsa Cina ketika di sebuah pusat membeli-belah.

Dalam video tersebut, dua orang wanita Cina itu dilihat sedang menyanyi lagu Melayu 80an bertajuk Hanya Sekali oleh Ideal Sisters dengan penuh bersemangat di hadapan individu yang sedang bermain piano lagu berkenaan.

Bukan sahaja siap hafal lirik dengan fasih, mereka berdua juga sempat menari comel mengikut rentak lagu.

Nak tengok video penuh? Boleh klik di sini.

Ramai teruja bangsa lain pun tahu lagu Melayu

Di ruangan komen video tersebut, kebanyakan orang ramai kagum apabila melihat bangsa lain pun layan lagu Melayu yang lama.

Kita hidup sebagai rakyat berbilang kaum, apa salahnya layan lagu bangsa lain juga kan?


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd