Aplikasi Grab Sedang Alami ‘Downtime’, Netizen Mula Cemas
Grab terkenal dengan pelbagai perkhidmatan termasuk perkongsian perjalanan (ride-sharing), penghantaran makanan, dan perkhidmatan kurier.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Anda sedang mengalami masalah untuk book a ride atau memesan makanan menerusi aplikasi Grab?
Harap bersabar. Ini kerana syarikat tersebut baru sahaja memaklumkan bahawa aplikasi perkhidmatan mereka kini sedang mengalami ‘downtime’.
Syarikat tersebut memuat naik tweet menjelaskan mereka sedang mengkaji masalah itu dan akan mengemas kini penggunaanya sebaik sahaja ia kembali dalam talian.
Walau bagaimanapun, mereka tidak menyatakan bila sebenarnya pengguna boleh menggunakan perkhidmatan itu lagi.
Pengguna yang dihormati, kami sedang mengalami gangguan perkhidmatan, yang mungkin menyebabkan aplikasi Grab anda tidak berfungsi seperti yang diharapkan. Pasukan kami sedang meneliti perkara ini dan kami akan mengemas kini apabila aplikasi kembali pulih. Mohon maaf atas kesulitan & terima kasih atas kesabaran anda.
Grab Malaysia menerusi Twitter.
Grab terkenal dengan pelbagai perkhidmatan termasuk perkongsian perjalanan (ride-sharing), penghantaran makanan, dan perkhidmatan kurier.
Dear users, we are currently experiencing a service disruption, which may result in your Grab app not working as expected. Our team is currently looking into this and we will update when the app is back up & running. Apologies for the inconvenience & thank you for your patience.
— Grab Malaysia (@GrabMY) November 16, 2021
Gangguan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia. Malah, negara lain seperti Indonesia, Singapura, dan Philippines juga sedang mengalami masalah yang sama.
Netizen mula cemas
Berikutan segelintir rakyat Malaysia yang boleh dikatakan pengguna setia aplikasi Grab ini, mereka mula cemas apabila aplikasi ini tidak berfungsi bermula pagi tadi.
Mana tidaknya, nak book a ride pun tak boleh, macam mana nak pergi kerja.
Dah lambat dah ni nk pegi appointment klinik😡😡😡😡
— Tiqaa (@Nratqaa) November 16, 2021
adoiii org nak gi kerja ni aiyaaaaa😭
— artikah (@artikah22) November 16, 2021
How long does it take to fix the issue? Some of us need to work.
— kevin (@Bookevinnnnn) November 16, 2021
Seriously I'm an hour late for work &#+$&#(&#+#:+";$($;
— Not (@Nat_A_Chance) November 16, 2021
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.