Now Reading
“Tiada Tandingan” – Wanita Ini Puji Pengasuh Beri Perhatian Penuh Kepada Anaknya

“Tiada Tandingan” – Wanita Ini Puji Pengasuh Beri Perhatian Penuh Kepada Anaknya

Dia menjelaskan akan pastikan anaknya itu bersalam dengan pengasuh sebelum pulang dan memanggil pasangan tersebut sebagai ‘Mummy’ dan ‘Daddy’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Seorang ibu sememangnya akan merasa berat hati untuk menghantar anak ke rumah pengasuh. Tapi apakan daya, ibu bapa perlu bekerja dan mencari rezeki buat anak-anak. Jadi terpaksalah menghantar anak ke taska dan rumah pengasuh.

Untuk first-time mummies, mungkin rasa tak biasa dan risau.

Berbeza pula dengan ibu-ibu yang sudah biasa dan perkara ini tidak asing lagi buat mereka. Yang penting, anak-anak terjaga dan terurus ketika ketiadaan ibu bapa.

Jangan gusar, okay mummies?

Pengasuh layan anak TipTop!

Seorang pengguna Twitter @AidaSue baru-baru memuat naik satu perkongsian tweet di mana dia menceritakan bahawa pengasuh anaknya dikatakan sanggup melakukan apa sahaja yang diinginkan oleh anaknya.

Sebut sahaja nak apa, semuanya diberikan.

Nak ‘camping’? Dipacaknya khemah di depan rumah.

Nak makan pasta di restoran pun dibawa keluar untuk memenuhi permintaan si kecil itu.

“Tiada tandingan”, jelas Sue menerusi Twitter.

Sue turut menceritakan bahawa pada mulanya pengasuh itu hanya menjaga anaknya sahaja. Selepas itu, ditambah dua orang lagi anak jiran lain.

Dia juga hanya menghantar anaknya itu lebih kurang 15 kali dalam sebulan. Walau bagaimanapun, dia akan membayar yuran secara penuh satu bulan dan turut memberikan bonus setiap tahun kepada pengasuh tersebut.

Mana tidaknya, layanan yang diberikan bak anak emas dan sangatlah baik.

Sue berkata dia akan pastikan anaknya itu bersalam dengan pengasuh sebelum pulang dan memanggil pasangan tersebut sebagai ‘Mummy’ dan ‘Daddy’.

Kalau nak dibandingkan dengan cara penjagaan dan perhatian yang diberikan oleh si kecil ini, memang tiada apa yang boleh dibalas.

Baik sungguh hati pengasuh ini.

Warganet kongsi pengalaman

Perkongsian ini mendapat perhatian warganet di Twitter yang turut berkongsi pengalaman yang agak sama tentang pengasuh mereka.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.


Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd