Netizen Kritik Penunggang Kuda Di Laluan Pandu Lalu McDonald’s Cyberjaya
Ramai netizen mengecam aktiviti tersebut kerana dianggap berbahaya, tidak mematuhi SOP serta mengotorkan kawasan setempat.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
“Berhenti menaiki kuda di kawasan sekeliling,” kata netizen apabila tular gambar sekumpulan penunggang kuda membeli makanan di McDonald’s pandu lalu Cyberjaya.
Gambar-gambar yang dimuat naik oleh pusat menunggang kuda 3S Equestrian Cyberjaya di Facebook mendapat pujian dan dalam masa yang sama turut mendapat kritikan daripada rakyat Malaysia selepas melihat beberapa kesalahan yang berlaku.
📸: Facebook 3S Equestrian Cyberjaya pic.twitter.com/LpLICKi3HJ
— Cyberjaya Info (@Twt_Cyberjaya) November 14, 2021
Netizen meluahkan rasa bimbang apabila melihat kelima-lima penunggang kuda itu tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.
Selain itu, orang awam juga tidak senang dengan kehadiran haiwan besar yang berjalan-jalan di kawasan umum kerana bimbang akan keselamatan kuda serta orang di sekeliling.
“Geram betul dengan orang macam ni. Sebenarnya tak perlu dan membahayakan. Kuda adalah haiwan yang tak boleh nak dijangkakan. Kadangkala kuda boleh terkejut dengan bunyi hon kereta. Macam mana kalau sampai boleh mencederakan orang di kawasan pejalan kaki? Memang tak masuk akal,” komen salah seorang netizen.
“Memang kurang bijak. Kalau penunggang motor yang nak beli, mesti disuruhnya beli di dalam walaupun tengah dalam keadaan tergesa-gesa. Sepatutnya haiwan tak boleh dibenarkan berada di laluan pandu lalu,” komen netizen.
Namun begitu, ada juga yang terfikir macam mana kalau kuda tersebut tiba-tiba melarikan diri di kawasan terbuka itu.
Apa yang lebih teruk, terdapat timbunan najis kuda dilihat betul-betul berhadapan dengan tingkap laluan pandu lalu di restoran tersebut.
Tetapi berdasarkan maklumat daripada netizen, mereka mengatakan bahawa pekerja di situ telah bersiap sedia untuk membersihkan ‘pai najis’ yang telah ditinggalkan oleh kuda di laluan mereka.
“Sempat jugalah tengok abang yang bawa kenderaan empat roda itu membersihkan ‘hadiah’ yang ditinggalkan oleh kuda-kuda tersebut. Terhibur betul kami tengok semalam,” kata salah seorang pengguna media sosial.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.