Now Reading
Pasangan Suami Isteri Ini Kongsi Tips Miliki 21 Orang Anak. Yang Penting, Sihat!

Pasangan Suami Isteri Ini Kongsi Tips Miliki 21 Orang Anak. Yang Penting, Sihat!

Abdullah dan pasangan memiliki 21 orang anak (termasuk lima meninggal dunia), 16 orang menantu, dan lebih 50 orang cucu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Memiliki cahaya mata, tidak dinafikan merupakan setiap mimpi pasangan suami isteri. Tak kiralah baru atau sudah lama berkahwin – perkara itu semestinya menjadi impian setiap orang.

Lambat atau tidak, itu lain cerita.

Dikurniakan 21 orang anak

Walau bagaimanapun, lain pula dengan pasangan suami isteri ini di mana mereka dikurniakan seramai 21 orang anak sepanjang berkahwin.

Abdullah, 74, dari kampung Tok Raja, Jertih, Terengganu mempunyai 21 anak hasil perkongsian hidup dengan isterinya Aisyah Ismail, 61, sejak 42 tahun lalu.

Menurutnya, lima daripada 21 anaknya telah meninggal ketika kecil.

Rahsianya

Mempersoalkan mengenai ‘rahsia’ sebenar lelaki ini, dia menjelaskan bahawa dia hanya menjaga pemakanan dan mengamalkan petua menelan segumpal nasi berserta selawat sebelum makan untuk mengekalkan kesihatan tenaga batin.

Amalan pemakanan sihat ini dipraktik sejak muda selain menjalani pekerjaan yang menggunakan tenaga seperti membajak sawah, mengambil upah menebang pokok dan pekerjaan buruh yang lain.

Apabila kita jaga pemakanan, kerja kuat pasti tubuh pun sihat selain amalan dan petua orang-orang tua untuk mengekalkan kesihatan tenaga batin.

Abdullah menerusi Harian Metro.

Ulam-ulaman hidangan penting

Kredit: Hello Doktor

Jelas Abdullah, ulam-ulaman adalah paling penting dalam setiap hidangannya. Paling digemari ialah ulam raja, pucuk ubi kayu dan pucuk pegaga.

Segala ulaman memang wajib dalam setiap hidangan dan isteri memang sedia maklum mengenainya serta sentiasa menyediakannya untuk saya

Abdullah menerusi Harian Metro.

Tips miliki anak ramai

Mengulas lanjut mengenai tips memiliki anak yang ramai, Abdullah mengatakan memang sebenarnya mencabar. Namun, tidak sukar jika suami isteri saling bertolak ansur dan bergantung harap sepenuhnya kepada Allah.

Gambar sekadar hiasan.
(Kredit: UVA Today)

Ramai yang tak berani beranak ramai kerana bimbang tidak mampu membiayai perbelanjaan anak-anak ketika masih kecil dan bersekolah. Saya tidak nafikan mempunyai anak sehingga 16 orang pada satu-satu masa dan semua masih belajar memang mencabar. Banyak pengalaman pahit dan manis yang dilalui dalam membesarkan anak-anak. Bagaimanapun, janji Allah mengenai rezeki yang ditetapkan untuk setiap anak tidak pernah dimungkiri.

Abdullah menerusi Harian Metro.

Memetik laporan Harian Metro, Abdullah turut memberitahu bahawa anak-anaknya pernah ke sekolah tanpa membawa wang namun tidak sampai tahap mereka kebuluran.

Dia menjelaskan setiap anak datang dengan rezeki. Walaupun berpendapatan kecil, rezeki anak tetap wujud.

Anak-anak ialah magnet rezeki untuk sesebuah keluarga, jika dahulu saya dan isteri mengalami kesukaran membesarkan anak-anak tetapi sekarang semua anak memberi kesenangan kepada kami.

Abdullah menerusi Harian Metro.

Didikan agama

Abdullah menegaskan walaupun mereka dari keluarga susah, namun dia sentiasa mendidik anak-anak supaya mengamalkan amalan sedekah selain mengerjakan amalan sunat lain termasuk solat dhuha pada setiap hari.

“Selain belajar bersungguh-sungguh, amalan kerohanian dan keagamaan juga perlu dititik beratkan dalam memastikan kejayaan anak seterusnya mengubah nasib keluarga.

“Alhamdulillah, dahulu kami susah membesarkan anak-anak dalam keadaan kemiskinan tetapi berkat kesabaran sekarang Allah bagi kemudahan kepada kami,” katanya.

Beri motivasi untuk anak-anak

Mohamad Azlan atau lebih dikenali dengan Mohamad Azlan Al Amin mengakui menjadikan kedaifan hidup ibu bapanya sebagai motivasi untuk berjaya dan mengubah nasib keluarga.

Kerana kami pernah hidup susah saya bermotivasi untuk berjaya dalam bidang hartanah yang dijalankan sekarang. Kami mempunyai adik beradik yang ramai, pernah di sekolah dari tahun satu hingga enam ada adik beradik yang bersekolah. Biasanya hanya adik-adik yang bawa duit ke sekolah sebanyak 20 sen seorang manakala abang dan kakak tidak bawa duit saku.

Mohamad Azlan Al Amin, anak kepada Abdullah.

Jelasnya lagi, Dengan ibu bapa dan adik beradik tidak boleh berkira dan itu rahsia utama keharmonian keluarga besar mereka.

Untuk rekod, Abdullah dan pasangan memiliki 21 orang anak (termasuk lima meninggal dunia), 16 orang menantu, dan lebih 50 orang cucu.

Berikut merupakan senarai anak-anaknya:

  • Aminudin Abdullah @ Ali, 43
  • Aviah, 42
  • Azaman, 40
  • Azmi, 38
  • Azlina, 36
  • Mohamad Azlan, 34
  • Mohd Azri, 32
  • Siti Fatimah, 30
  • Siti Zubaidah, 29
  • Mohd Mustakim, 27,
  • Siti Sakinah, 25
  • Siti Ayu Nadira, 23
  • Siti Aina Syahirah, 22
  • Amirul Aiman, 21
  • Siti Nooraliesha, 19
  • Siti Nur Fatihah, 17.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd