[Video] Orang Ramai Terkejut Tengok Roti Canai ‘Biawak’. Unik Betul!
Anda boleh dapatkan Roti Canai ‘Biawak’ ini di sebuah restoran yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Pengguna TikTok @abangterbang telah meletakkan tahap kreativiti yang tinggi pada salah satu menu kegemaran semua rakyat Malaysia iaitu Roti Canai. Lelaki tersebut membawa makanan ini ke satu peringkat yang seterusnya.
Dalam video TikTok yang tular mengenai ‘Roti Canai Biawak’, dia menunjukkan kemahirannya membuat replika seekor reptilia terkenal yang selalu dilihat melintas jalan-jalan di Malaysia iaitu Biawak.
Kami agak terpegun melihat ciri-ciri pada haiwan tersebut dibuat dengan mudah menggunakan tangannya sendiri.
Cuba anda lihat video ‘pinned’ pada profil TikTok tersebut.
Bertenang semua. Mungkin bentuknya kelihatan sama tetapi bukanlah seperti apa yang anda bayangkan. Tetapi, persamaan itu luar biasa kan?
Jangan risau, tiada mana-mana cicak atau reptilia lain yang dicederakan di dalam video ini.
Ini bukan pertama kali
Sebelum ini, dia pernah buat roti canai seperti itu. Nampaknya dia nak cuba sekali lagi untuk mencipta pelbagai bentuk lain.
Beberapa posting olehnya sebelum ini turut mencuri perhatian apabila dia pernah mencuba pelbagai jenis Roti Canai dengan sentuhan kreatif.
Dia menunjukkan beberapa video bagaimana hidangan itu dibuat dan sebenarnya agak menarik juga kerana anda boleh leka dengan konten Roti Canai tersebut.
Lelaki ini cuba mencari konten yang menarik untuk akaun TikTok dan telah mendapat inspirasi daripada komen peminatnya.
Nama hidangan tersebut tak berapa penting, apa yang lebih diutamakan adalah cara dia membuatnya dengan sempurna.
Dia bukannya Pablo Picasso tetapi kita boleh akui yang lelaki ini memang kreatif. Mungkin dia kena ada rancangan TV realitinya sendiri.
Selain daripada video tersebut, komen-komen daripada netizen boleh tahan kelakar juga. Ramai yang kagum dengan kemahirannya mencipta pelbagai bentuk roti canai.
“Risau juga kalau tiba-tiba makanan itu bergerak dari pinggan”, komen netizen.
“Memang kreatif tetapi muzik meremang bulu ketiak!”, ujar salah seorang pengguna yang agak ‘seram’ dengan latar belakang muzik di dalam video berkenaan.
“Bro, cuba buat bentuk pocong ikat atas pada kepala dan pada kaki di bawah”, komen pengguna TikTok.
Rasanya semua mesti pernah tengok bentuk ini kan?
“Boss, roti siakap ada tak? Dengar-dengar tengah viral sekarang ni”.
Ada juga netizen lain yang sempat membuat lawak di ruangan komen.
Menu tersebut dihidangkan bersama dua biji telur separuh masak, kuah dal, sambal dan hiasan di atasnya.
Mungkin kalau kita tengok, hidangan itu agak menakutkan tetapi yakinlah rasanya memang lazat!
Restoran ini terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Jadi, untuk anda yang mengidam menu Roti Canai yang kreatif, bolehlah singgah ke tempat ini.
Jangan lupa bagi ‘review’ selepas makan di sana.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.