Now Reading
Tempahan Honda City Hatchback 2022 Kini Dibuka

Tempahan Honda City Hatchback 2022 Kini Dibuka

Pelancaran Honda City Hatchback 2022 dijangka berlangsung sekitar tahun ini tidak lama lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, pada hujung Oktober lalu Honda Malaysia telah memberi gambaran pengeluaran Honda City Hatchback terbaharu yang bakal berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

BACA LANJUT: [Foto] Honda Malaysia Kongsi ‘Teaser’ City Hatchback. Lawa!

‘Teaser’ tersebut dimuat naik di laman Facebook rasmi Honda Malaysia.

“Move aside. Y? Because This. Is. It. #AllNewCityHatchback

Jika dilihat, reka bentuk serta rupa City Hatchback ini seakan-akan City model baharu – tapi lebih sporty dan menarik.

Menarik.

City Hatchback 2022 ganti Jazz

Video ‘teaser’ yang dimuat naik oleh Honda Malaysia ternyata membuatkan orang ramai tidak senang duduk untuk mengetahui lebih lanjut tentang spesifikasi model baharu ini.

Untuk pasaran tempatan, Honda City Hatchback 2022 ini bakal menggantikan model Jazz.

Model ini hadir dengan dua pilihan trenkuasa iaitu:

  • Standard petrol 1.5 liter DOHC i-VTEC
  • e:HEV i-MMD Hibrid
Kredit: Paultan
Kredit: Paultan

Model i-VTEC DOHC 1.5 liter menghasilkan 119hp dan 145Nm tork.

Manakala RS e:HEV mempunyai sistem hibrid i-MMD yang menghasilkan 107hp dan 253Nm tork.

Menurut sumber, sama seperti model City Sedan – hanya varian e:HEV mempunyai trim Road Sailing (RS) yang lebih sporty.

Honda City Hatchback 2022 V Spec hadir dengan gril berwarna krom, roda aloi multi-spoke dan tanpa sebarang aksesori kit tambahan sporty seperti yang ditawarkan pada varian e:HEV RS.

Antara persamaan yang dikongsikan oleh kedua-dua varian RS dan V Spec adalah:

  • Lampu utama LED
  • Lampu nyalaan siang LED
  • Lampu kabus LED
  • Lampu taillight LED
  • Roda bersaiz 16-inci

Tempahan 2022 kini dibuka

Pelancaran Honda City Hatchback 2022 dijangka berlangsung tidak lama lagi.

Sementara itu, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dan membuat tempahan City Hatchback dengan mengunjungi bilik pameran dan jualan Honda di seluruh negara.

Atau, layari laman web rasmi Honda Malaysia di www.honda.com.my.

Kredit: Honda Malaysia

Ke ada yang dah tempah awal-awal? Hehe.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd