Now Reading
Polis Siasat Video Pengunjung Bersesakan Di Sunway Lagoon

Polis Siasat Video Pengunjung Bersesakan Di Sunway Lagoon

Rata-rata pengunjung yang berada di salah sebuah kolam di Sunway Lagoon dilihat sakan menari tanpa mematuhi SOP dan penjarakan sosial.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak kerajaan memberi kebenaran untuk keluar beraktiviti, ramai yang kini dilihat bersosial dan bercuti sakan di merata-rata tempat seperti di Pulau Langkawi, Pulau Pangkor dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, beberapa taman tema juga menjadi tumpuan masyarakat. Antaranya Sunway Lagoon.

Namun, baru-baru ini tular satu video di mana pengunjung bersesakan di taman tema tersebut sehingga mengabaikan penjarakan sosial.

Video tersebut menunjukkan kebanyakan pengunjung bersuka-ria dan sempat menari sakan di salah sebuah kolam air yang di Sunway Lagoon.

Ramai netizen mempersoalkan tentang pematuhan Prosedur Standard Operasi (SOP) di taman tema tersebut termasuklah dari segi kapasiti pengunjung dalam satu-satu masa.

Polis jalankan siasatan mengenai video yang tular

Berikutan kejadian tersebut, pihak polis mula menjalankan siasatan dan mengesan video tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Rizal Hakimm Punyer yang dikatakan telah melanggar SOP di taman tema.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata siasatan awal mendapati taman tema itu mampu memuatkan 40,000 pengunjung dalam satu-satu masa.

Namun, SOP yang ditetapkan mengikut Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 hanya membenarkan 20,000 orang awam sahaja dalam satu-satu masa.

Kami mendapati seramai 3,513 orang pengunjung dilaporkan berada di dalam kawasan taman tema tersebut ketika kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar.

Laporan Kosmo memaklumkan pihak polis juga akan melakukan siasatan dengan lebih terperinci dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya berlaku sebarang perlanggaran SOP PPN Fasa 4.

Orang awam yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-56210343.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd