Wanita Ini Kongsi Momen Diserang Monyet Liar Hingga Bayi Jatuh Dari Stroller
Kejadian tersebut berlaku di Hyatt Regency Kuantan Resort, Pahang pada 8 November, sekitar jam 5:52pm.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan ternyata benar-benar digunakan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. Mana tidaknya, setelah berbulan berada di rumah, inilah masanya untuk bercuti bersama keluarga.
Ada yang bercuti di dalam negeri, luar negeri, luar negara, dan sebagainya.
Pendek kata, jika ingin menempah hotel, memang kena buat awal-awal. Jalan raya kini juga dilihat sentiasa penuh dibanjiri dengan kenderaan.
Kejadian ngeri
Baru-baru ini, seorang wanita iaitu Norazimah Bunihan menerusi perkongsian di Facebook miliknya telah menceritakan kejadian ngeri yang menimpa suami serta bayinya.
Kejadian tersebut berlaku di Hyatt Regency Kuantan Resort, Pahang pada 8 November, sekitar jam 5:52pm.
Menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku, dia mengatakan ketika itu mereka sekeluarga sedang berjalan kaki ke kereta untuk ambil selipar dan ingin ke Teluk Cempedak yang terletak bersebelahan dengan resort.
Dia tergerak hati untuk merakam video ketika menuju ke kereta. Jelasnya lagi, terdapat segerombolan monyet liar di pokok-pokok dan ada juga yang memanjat kereta pengunjung di situ.
Setibanya kami yang berhampiran dengan kereta, suami saya berjalan perlahan-lahan menuju ke kereta memandangkan ada beberapa ekor monyet yang berada di atas kereta bersebelahan kereta kami. Ketika itu monyet tersebut tidak menunjukkan reaksi terancam. Belum sempat suami tiba di kereta, ada seekor monyet yang agak besar di antara monyet monyet lain terus mengejar dan ingin menerkam suami.
Norazimah Bunihan menerusi perkongsian Facebook.
Bayi tersembam di atas jalan
Jelasnya, “Keadaan ketika tu dah jadi panik dan suami terus berlari semula ke arah resort. Saya dan anak anak yang lain turut panik dan cuba untuk lari kan diri kerana monyet liar tu betul betul berada di sebelah stroller bayi saya.
“Saya cuba untuk selamatkan diri dan anak anak dengan tolak stroller bayi secepat yang boleh. Tiba-tiba bayi saya terjatuh tersembam ke jalan kerana pusingan stroller yang terlalu pantas ekoran keadaan semakin panik. Bayi saya mengalami luka dan lebam di muka.
“Anggota badan lain tidak cedera. Ketika kejadian tiada seorang pun pengawal yang berada berhampiran kami,” katanya.
Security Manager tiba
Bercerita lanjut, mereka duduk di laluan pejalan kaki bersebelahan tempat parking kereta di bahagian dalam. Ada seorang pengawal parking bahagian dalam cuba keluar untuk bertanya apa yang berlaku.
Ketika itu monyet tersebut sudah lari ke hutan berhadapan parking luar.
Pengawal tersebut terus memanggil Security Manager untuk menjelaskan apa yang terjadi. Pengawal tersebut maklumkan bahawa sebelum ini memang banyak monyet liar di sini dan sudah maklumkan kepada pihak perhilitan.
“Dia menyuruh kami untuk menghubungi perhilitan. Saya bertanya semula kepadanya, “kami ke yang perlu hubungi? Bukan pihak hotel?” Dia maklumkan parking di luar itu adalah di luar kawasan hotel, jadi bukan tanggungjawab mereka.
“Parking di bawah jagaan resort tersebut dah penuh dan kawasannya agak kecil. Ramai pengunjung memarking kenderaan mereka sebaris kereta kami. Tiada tempat lain, hanya itu dan juga parking dalam yang dah penuh,” jelasnya lagi.
Security Manager datang menghampiri kami dan bertanya apa yang terjadi? Kami ceritakan semua dan dia meminta pengawal keselamatan resort tersebut mengambil kayu dan menghalau monyet monyet liar disitu. Selepas itu Security Manager tersebut meminta kunci kereta pada suami dan dia bantu alihkan kenderaan untuk dibawa masuk parking di bahagian dalam di parking oku kerana kotak parking biasa sudah penuh. Memandangkan kami membawa bayi yang ada sawan dan cedera ketika itu, dia benarkan kami parking di petak OKU untuk mengelakkan kejadian sama berulang lagi.
Norazimah Bunihan menerusi perkongsian Facebook.
Security Manager tersebut terus menghubungi ambulans di HTAA untuk memberikan rawatan kepada bayi yang cedera akibat terjatuh dari stroller.
Ambulans tiba di perkarangan resort, dia dan bayi serta anak sulung terus menaiki ambulans dan menuju ke HTAA.
Setibanya di HTAA, keadaan agak rumit untuk pendaftaran bayi kerana kami terlupa untuk bawa sijil lahir bayi kami. Selalunya mana sahaja kami pergi, kami pasti akan bawa. Waimah dalam daerah kami pun saya tetap masukkan sijil lahir dalam begnya. Tapi tak jangka kali ni betul betul terlupa nak bawa dan berlaku perkara yang tak diingini. Okey sambung semula cerita di HTAA. Setibanya kami disana, pihak pendaftaran HTAA minta kami sijil lahir atau nombor ic anak jika tidak pendaftaran dan rawatan tidak boleh diberikan. Malangnya saya memang betul betul tak ingat nombor ic bayi saya. Saya terus hubungi pihak Hospital Enche Kluang untuk dapatkan nombor ic bayi saya kerana pihak hospital Enche Kluang ada maklumatnya. Alhamdulillah Allah permudahkan pihak hospital Enche Kluang berikan nombor ic bayi saya.
Norazimah Bunihan menerusi perkongsian Facebook.
Doktor maklum luka tak serius
Menurutnya, ketika menunggu giliran untuk diberi rawatan, doktor di kecemasan HTAA maklumkan luka bayi tak serius dan telah dibersihkan untuk mengelakkan jangkitan kuman.
Doktor tersebut meminta untuk buat x-ray di kepala bayi kerana dikhuatiri ada keretakan. Alhamdulillah, proses tak terlalu lama dan result x-ray mendapati semua dalam keadaan sihat dan tiada sebarang keretakan.
Doktor beri kebenaran kami pulang ke hotel dengan syarat pantau keadaan bayi sekiranya bayi ada muntah muntah, menangis tanpa henti atau sawan lain dari yang lain, terus datang semua ke HTAA. Kami terus pulang ke resort.
Norazimah Bunihan menerusi perkongsian Facebook.
Setibanya di resort, Security Manager tersebut datang ke kafe untuk berjumpa dan bertanya khabar keadaan bayi.
“Ketika kami berada di HTAA pun dia ada hubungi suami bertanya keadaan bayi kami. Dia minta kami order sahaja apa yang kami ingin makan tanpa bayaran. Walaupun keadaan tu tak setimpal dengan apa yang terjadi, tetapi pihak hotel masih mengambil berat dan tidak lepas tangan.
“Saya berharap pihak Perhilitan Kuantan memantau keadaan disekitar kawasan Hyatt Regency Kuantan memandangkan di situ adalah tempat perlancongan dan sudah beberapa kali dimaklumkan pada perhilitan tentang monyet monyet liar tersebut.
“Saya berharap tidak berlaku pada pengunjung-pengunjung yang lain. Ini melibatkan nyawa,” tegasnya.
Terima kasih, Hyatt Regency Kuantan
Di pengakhiran perkongsian tersebut, dia mengucapkan terima kasih kepada pihak hotel di atas layanan yang terbaik diberikan kepada mereka – bermula dari check in sehingga check out.
Tetapi mungkin boleh ditambahbaik tempat parking kereta pengunjung disitu. Atau boleh sediakan parking valet untuk khidmat hantar dan ambil kereta pengunjung di tempat parking. Kalau tak boleh juga, atleast sediakan pengawal untuk menghalau monyet monyet liar di situ. Bukan ingin mengajar, tapi hanya cadangan untuk keselamatan.
Norazimah Bunihan menerusi perkongsian Facebook.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.